Perkhidmatan Motion Capture


Motion Capture adalah untuk merakam pergerakan dan menukar pergerakan tersebut ke model digital

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) turut menyediakan perkhidmatan motion capture, iaitu proses untuk merakam pergerakan dan seterusnya menukar pergerakan tersebut ke model digital. Perkhidmatan ini digunakan dalam ketenteraan, industri hiburan, sukan, perubatan, simulasi komputer dan robotik.

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) menggunakan peralatan motion capture bagi kegunaan penyelidikan, iaitu untuk projek pelajar Master dan PhD daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Universiti Putra Malaysia (UPM), kegunaan pembelajaran seperti Kursus Motion Capture daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA cawangan Rembau dan kegunaan perkhidmatan seperti projek komersial daripada syarikat luar, terutamanya syarikat animasi tempatan.

Waktu Operasi :-
»  Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm)
      Untuk pelajar dan syarikat luar

»  Sabtu dan Ahad (10.00 am – 10.00 pm)
      Untuk syarikat luar sahaja

Lokasi Peralatan :-
 
»  Studio Mocap, Idec Alpha, Putra-Infoport

  • Harun Jantrik
  • 03-89471206