Pengurusan Penyelidikan

Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka, komitmen UPM terhadap penyelidikan disokong oleh perkhidmatan yang ditawarkan kepada para penyelidik. Ia bermula dari dana hinggalah ke skim latihan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam setiap aspek prasarana penyelidikan. Semua perkhidmatan penyelidikan UPM ini bertujuan memaksimumkan potensi para penyelidik untuk membangunkan pengetahuan dan kepakaran mereka demi menyumbangkan inovasi ke arah kesejahteraan masyarakat UPM, bangsa dan dunia.