Fakta & Angka

 

Geran Penyelidikan


UPM berbangga menjadi penerima geran terbesar berbanding institusi pengajian tinggi yang lain di Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-9. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membiayai sebahagian besar projek Sciencefund kepada UPM untuk mempelopori pelbagai cabang penyelidikan. Malah, sokongan berterusan diterima apabila projek di bawah Sciencefund telah menunjukkan potensi komersil sehingga terpilih untuk menerima dana tambahan di bawah skim TechnoFund. Selain dana kerajaan, UPM juga menerima bantuan biasiswa, penajaan seminar, lawatan sambil belajar dan peralatan penyelidikan daripada beberapa agensi tempatan dan antarabangsa terkemuka seperti MTSF, IDRC, UNDP, Winrock, WHO, FAO, JICA, EC, TWOWS, ACIAR, CIFOR, IFS, IMO, dsb. Sehingga akhir  2010, UPM telah mencatatkan penerimaan geran berjumlah kira-kira RM400 juta daripada pelbagai pihak, bermula daripada kerajaan, swasta dan juga antarabangsa.

Penerbitan R&D


(Angka setakat Januari 2012, Sumber: Bahagian Pengurusan Ilmu)

Kategori Jumlah Penerbitan 2011
Jurnal-kutipan diindeks 2738
Jurnal-kutipan tidak diindeks 401
Buku yang dijilidkan 112
Bab-bab di dalam buku 395
Lain-lain 1900
Jumlah 5546

 








 




Penerbitan dalam kutipan-Jurnal yang diindeks
(Jurnal Berimpak Tinggi)

2011

Kesan Faktor Kumulatif (IF)     

2199.820

Jurnal Berimpak Tinggi dengan IF 3.0 dan ke atas       

132

 (Angka setakat Januari 2012, Sumber: Bahagian Pengurusan Ilmu, RMC)

 

 

 

 

 











Perlindungan Harta Intelek

Kini, UPM telah mengemukakan 730 paten nasional dan antararabangsa (masih dalam proses menunggu dan diiktiraf), iaitu antara rekod pencapaian tertinggi bagi sebuah institusi di Malaysia dan 227 perlindungan selain paten (reka bentuk perindustrian, copyright software dan cap dagangan). Bukan itu sahaja, UPM juga telah berjaya mengkomersialkan 47 hasil penyelidikan dan teknologi dengan hasil jualan kasar terkumpul sebanyak RM 32.04 juta.

Antara teknologi yang telah berjaya dikomersialkan  2011,  iaitu sebanyak 8 produk inovasi dalam bidang pemprosesan makanan.  UPM telah dilesenkan kepada TPM Engineering untuk kegunaan industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia. Melalui produk inovasi ini,  secara tidak langsung dapat menarik usahawan
kecil, terutamanya dari kawasan luar bandar yang berminat untuk menceburi bidang pemprosesan makanan dan seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup dan pembangunan masyarakat Malaysia. 

 

Pencapaian Penyelidikan dan Anugerah

Kategori Jumlah/Bilangan Anugerah 2011
Anugerah Pameran Antarabangsa 4
Anugerah Pameran Nasional / Kebangsaan 94
Anugerah Khas Antarabangsa 1
Anugerah Khas Nasional / Kebangsaan 5
Anugerah Ciptaan dan Penyelidikan UPM 465
Jumlah 569
(Angka setakat Disember 2011, Sumber: Bahagian Pengurusan Ilmu, RMC)

 

















Jalinan Kerjasama dan Aktiviti Berkaitan Penyelidikan (Data RU)

Institusi Antarabangsa

2011

Jumlah Perjanjian MOU yang ditandatangani

6 (MoU aktif 85)

Jumlah program yang diimplimentasikan di bawah setiap perjanjian MOU

111

Lain-lain institusi kebangsaan

2011

Jumlah perjanjian MOU yang ditandatangani (badan kerajaan, swasta, dan industri)

2 (MoU aktif 56)

Jumlah program yang dilaksanakan/diimplimentasikan  dibawah setiap perjanjian MOU

37

(Angka setakat Jun 2011, Sumber:Bahagian Pengurusan Ilmu, RMC)