UPM Johan Larian Pantai Dan Sepak Takraw Sukan Pantai MASUM | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM johan larian pantai dan sepak takraw Sukan Pantai MASUM

UPM johan larian pantai dan sepak takraw Sukan Pantai MASUM

Oleh Norizahamalina Ramli


Pasukan Sepak Takraw UPM dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2015 yang diadakan di Pantai Balok, Pahang pada 14 hingga 17 Mei 2015


KUANTAN, 20 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM), mendominasi acara larian pantai dan sepak takraw pantai apabila meraih tiga pingat emas dalam Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2015.

Pelajar tahun 2, Bacelor Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Ahmad Luth Hamizan, meraih pingat emas dalam acara larian pantai kategori lelaki, manakala Lau Kah Lin memenangi pingat emas bagi kategori wanita.


Pasukan Larian Pantai Wanita dinobatka sebagai Johan keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2015 yang diadakan di Pantai Balok, Pahang pada 14 hingga 17 Mei 2015


Emas ketiga telah dituai oleh pasukan sepak takraw regu UPM A, yang terdiri daripada Mohd Kamal Ishak, Muhamad Suhairi Sulaiman, Mohd Noor Rizal Jaafar, Mohd Zulhelmi Sabri dan Shohibul Fadilla Abd. Salam dengan menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat akhir.

Kontinjen UPM turut memenangi dua pingat perak menerusi acara bola tampar pantai kategori lelaki yang terdiri daripada Yogeswaran Elangovan dan Tan Qi Xiang manakala Chui Hui Lian memenangi pingat perak bagi acara larian pantai kategori wanita.

Pasukan UPM telah menyertai tujuh acara iaitu larian pantai lelaki dan wanita, sepak takraw pantai lelaki, bola sepak pantai lelaki, bola jaring pantai serta bola tampar pantai lelaki dan wanita.

Kejohanan selama empat hari itu menjadi platform terbaik bagi melahirkan lebih ramai bakat baru dalam arena sukan berkenaan. - UPM

 


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1503032861