| Universiti Putra Malaysia

UPM JOHAN FESTIVAL ZAPIN MAKUM 2011


SERDANG, 24 Dis  – Kelab Senitari ADIMASTULI, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai kali ketiga berturut-turut pertandingan Festival Zapin Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM baru-baru ini.

Jurulatih ADILMASTULI Khairul ‘Anhar Othman berkata kelab itu menerima hadiah kejohanan bernilai RM2,000, piala pusingan selain mendapat dua anugerah sampingan iaitu Tatarias Terbaik dan Perekatari Terbaik.

“Kami mempertaruhkan Zapin Pak Lipat  yang berasal daripada Johor. Secara keseluruhan kami tidak menjangkakan untuk menjadi johan kerana persembahan setiap universiti sengit,” katanya. 




Pengerusi MAKUM, Prof. Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata MAKUM adalah badan yang menyediakan serta menyalurkan aktiviti kebudayaan dan kesenian sebagai platform penggiat seni di kalangan pelajar IPTA dalam mencungkil bakat yang sedia ada. 

“MAKUM berjaya mencapai hasratnya dengan menyaksikan setiap peserta yang bertanding memperlihatkan kekayaan budaya menerusi tarian zapin,” katanya.

 Berita ini disediakan oleh Pejabat Pemasaran Dan Komunikasi (MarComm) ( Noor Eszereen Juferi, 03-89468985) Foto (Noor Azreen Awang, 03-89466199).



SXDdGAP~