UPM, HDC Wujudkan Peluang Perdagangan Di Peringkat ASEAN Dalam Produk Halal | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM, HDC Wujudkan Peluang Perdagangan Di Peringkat ASEAN Dalam Produk Halal

UPM, HDC Wujudkan Peluang Perdagangan Di Peringkat ASEAN Dalam Produk Halal

Oleh Khairul Ziana Kinainah

Foto oleh Marina Ismail

 



SERDANG, 18 Mac (UPM) –  Produk halal berpotensi tinggi di ASEAN kerana mempunyai lebih 300 juta penduduk Islam, dan dengan membangunkan World Halal Innohub akan membantu negara membangunkan lebih banyak produk halal menerusi inovasi penyelidik.

UPM merupakan universiti pertama yang mewujudkan hab inovasi halal global, World Halal Innohub di Malaysia hasil kerjasama Halal Industry Development Cooperation Sdn. Bhd (HDC) membabitkan nilai pelaburan RM20 juta.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata, setakat ini terdapat 16 peserta terdiri daripada penyelidik, pakar UPM dan usahawan bagi usaha pengkomersialan produk.



“Malah inovasi serta kajian juga adalah salah satu rantaian penting di dalam produk halal kerana ia membabitkan perakuan standard halal,” katanya pada majlis kerjasama UPM dan HDC di Panggung Percubaan UPM.

UPM mensasarkan 20 peserta dalam setahun yang menggunakan ruang inovasi berkenaan dan terdapat perintis terdiri daripada pelbagai sektor antaranya kesihatan dan teknologi maklumat.

 



Hadir sama pada majlis itu, Naib Canselor UPM, Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dato' Dr. Mohd. Azmii Mohd Lila dan Ketua Pegawai Eksekutif HD, Datuk Seri Jamil Bidin. - UPM


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1503392759