UPM Hasilkan 29 Inovasi Baru Reka Bentuk Perindustrian Dalam SEED SHOWCASE | Universiti Putra Malaysia
UPM hasilkan 29 inovasi baru reka bentuk perindustrian dalam SEED SHOWCASE

Oleh  Norizahamalina Ramli
Foto  Mohd Hasrul Hamdan



SERDANG, 11 Jun – Seramai 29 pelajar Fakulti Rekabentuk dan  Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan 29 inovasi baharu reka bentuk perindustrian dalam Seed Showcase 2015.

Kesemua pelajar tahun akhir Bacelor Reka Bentuk Perindustrian itu mempromosikan rekaan mereka kepada organisasi awam dan swasta di Menara Matrade, Kuala Lumpur.   

Pameran anjuran UPM bersama MRM yang bertemakan ‘Universal Design’ adalah hasil daripada kajian pelbagai tajuk dengan empat pengkhususan produk utama iaitu pengangkutan, produk, perabot dan isu terpilih.



Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Prof Dato’ Dr. Ahmad Zainuddin berkata pameran itu mendekatkan masyarakat luar dengan dunia industri reka bentuk yang sebenar.

“Pameran ini mendekatkan masyarakat luar dengan dunia industri reka bentuk yang sebenar serta mempamerkan kredibiliti bakal graduan Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, katanya semasa merasmikan pameran itu.



Tambah beliau, pelajar terbabit menunjukkan kesungguhan untuk mempamerkan hasil kemahiran yang dipelajari sepanjang pengajian mereka.

Sementara itu, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM, Prof. Madya LAr. Dr. Osman Mohd Tahir berkata pameran itu bertujuan untuk mempromosikan reka bentuk pelajar kepada pihak industri.

“Saya percaya program ini mendekatkan pelajar dengan dunia sebenar industri reka bentuk di Malaysia. Sedar atau tidak corak kehidupan kita sering dipengaruhi oleh reka bentuk produk yang berada di sekeliling kita,” katanya. – UPM


Updated:: [amir_peli]

AACSB International SIRIM UKAS