UPM ANJUR PROGRAM 3RD UNITED NATIONAL GLOBAL ROAD SAFETY WEEK | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM ANJUR PROGRAM 3RD UNITED NATIONAL GLOBAL ROAD SAFETY WEEK

UPM ANJUR PROGRAM 3RD UNITED NATIONAL GLOBAL ROAD SAFETY WEEK

Oleh Syifarida Muhamad Zaki
Photos by Noor Azreen Awang



KAJANG, 5 Mei (UPM) – Safe Kids Malaysia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program 3RD United National Global Road Safety Week untuk meningkatkan tahap kesedaran pentingnya keselamatan kanak-kanak.

Ketua program, Dr. Kulanthayan KC Mani berkata program itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pentingnya keselamatan kanak-kanak dengan memberi penekanan kepada deklarasi keselamatan kanak-kanak.

“Seramai 400 pelajar tahun empat dan lima  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kajang terlibat dalam menjayakan program ini.



“Antara pengisian program ialah pelajar menulis impian mereka tentang keselamatan nyawa mereka ketika berada di jalan raya dan bergambar dengan hasil penulisan impian itu.

“Kesemua hasil gambar itu akan dimuat naik ke laman sesawang www.savekidslives2015.org bagi menghantar mesej keselamatan jalan raya kepada pemimpin Malaysia dan dunia.

“Pelajar sekolah turut diberikan buku keselamatan jalan raya dan pelekat pemantul cahaya,” katanya dalam majlis yang bertemakan #SaveKidsLives sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini pada 5 Mei lepas.

Katanya program yang ditaja oleh CEMEX Concrete (Malaysia) Sdn. Bhd. turut membawa trak ke sekolah untuk memberi pengalaman kepad pelajar mengenai penglihatan yang terhad kepada pemnadu lori terhadap kanak-kanak.



Program yang berlangsung selama enam hari bermula 4 hingga 10 Mei lalu telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kajang, Selangor dengan kerjasama anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Malaysia Global Road Safety Partnership Foundation (MGRSP), World Health Organisation Malaysia (WHO) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kajang, Selangor.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Abdul Haris Laskar.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Ir. Dr. Renuganth Varatharajoo.

 

 


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1503175360