UPM – MAIS BEKERJASAMA URUS DANA WAKAF ILMU UPM | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM – MAIS BEKERJASAMA URUS DANA WAKAF ILMU UPM

UPM – MAIS BEKERJASAMA URUS DANA WAKAF ILMU UPM


SERDANG, 2 FEB – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalinkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menguruskan Dana Wakaf Ilmu UPM.

MoU ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan  Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohamad Azib Mohd Isa.

Dato’ Ir. Dr. Radin Umar berkata wakaf Ilmu itu merupakan mekanisma pelbagai guna kepada universiti untuk menambah dana bagi membangunkan kapasiti dan sumber yang dimiliki bagi memberikan tahap pendidikan yang terbaik kepada pelajar.




“Setiap dana infaq dan wakaf ilmu di UPM, sama ada wakaf Am atau wakaf Khas, akan digunakan untuk  penyediaan fasiliti dan prasarana bagi aktiviti keilmuan, merangkumi program pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dakwah dan pengimarahan, penyelidikan dan inovasi serta khidmat komuniti,” katanya.

Sementara itu, Dato’ Setia Mohamad Azib berkata dana itu merupakan satu amalan jariah berbentuk kekal dan akan mendapat balasan ganjaran pahala berterusan. 

Kerjasama UPM dan MAIS itu juga ialah  untuk mewujudkan Akaun Khas Dana Wakaf Ilmu UPM dan penubuhan Jawantankuasa Syariah Dana Wakaf Ilmu UPM dan Jawatankuasa Dana Wakaf Ilmu UPM.

Wakaf Ilmu UPM adalah satu cara menderma dan berwakaf melalui wang tunai dengan niat mewakafkannya selama- lamanya kerana Allah S.W.T demi kepentingan dan kemajuan ilmu.

Berita ini disediakan oleh Noor Eszereen Juferi, 03-8946 8985 (MarComm)| Foto, Noor Azreen Awang (MarComm)



Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
B1498256847