Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Mahu Alumni Terus Tingkatkan Peranan | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar mahu alumni terus tingkatkan peranan

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar mahu alumni terus tingkatkan peranan


SERDANG, 12 Jun (UPM) – Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran mahu alumni terus meningkatkan peranan dan memberi sumbangan serta cadangan ke arah membantu kepada peningkatan ranking penarafan universiti.

“Sokongan dan persepsi alumni adalah penting untuk melonjakkan ranking universiti,” katanya ketika berucap pada program Reunion Hi-Tea: Alumni Industri, di sini baru-baru ini .

Program itu dianjurkan Pusat Alumni Universiti Putra Malaysia (ACUPM) bertujuan mempertingkatkan lagi jalinan kerjasama antara ACUPM dan alumni.



Beliau juga berkata program seumpama itu penting dan dapat mempertemukan sesama alumni serta dengan pegawai serta kakitangan universiti.

Pengarah ACUPM, Prof. Madya Dr. Mohd Bakri Ishak pula berkata,  program yang diadakan itu juga bagi menjalin hubungan strategik yang berterusan antara alumni industri dan universiti.

“Ia juga sebagai landasan bagi para alumni menyumbang kembali kepada Alma mater,” katanya.

Beliau berkata, ACUPM sentiasa memantapkan usaha untuk terus melestarikan rangkaian hubungan yang baik dengan alumni industri melalui program yang boleh menjalinkan alumni dari semua kategori atau cohort.  - UPM


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273