| Universiti Putra Malaysia

PERUBAHAN NAMA PEJABAT PERANCANGAN STRATEGIK DAN KORPORAT


Dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 528 bertarikh 19 November 2014 yang lalu telah bersetuju untuk membuat penamaan semula Pejabat Perancangan Strategik dan Korporat (hasil penggabungan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi dan Bahagian Perancangan Korporat) dengan nama PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI (CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE) dengan singkatan nama CoSComm.

CoSComm mempunyai dua bahagian utama, iaitu Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Perhubungan Korporat. Bahagian Perancangan Strategik bertanggungjawab terhadap fungsi Seksyen Pengurusan Strategik & Perisikan Perniagaan, dan Seksyen Pengurusan Risiko. Manakala Bahagian Perhubungan Korporat bertanggungjawab terhadap fungsi Seksyen Komunikasi Korporat dan Seksyen Pemasaran & Penjenamaan. Maklumat berkaitan pegawai utama CoSComm adalah seperti berikut:

YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris
Pengarah
Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi
Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
Tel: 03-8946 6021
Email: aiini@upm.my

YBhg. Prof. Dr. Mansor Ahmad @ Ayob
Timbalan Pengarah
Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi
Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
Tel: 03-8946 6009
Email: mansorahmad@upm.edu.my   

Encik Abdullah Arshad
Ketua Bahagian Perancangan Strategik
Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi
Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran
Tel: 03-8946 6092
Email: kb_bpk@upm.my 

Encik Fahmi Azar Mistar
Ketua Bahagian Perhubungan Korporat
Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi
Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
Tel:03- 89466003
Email: fame@upm.edu.my


WXDcQAp~