Pelajar UPM Terima Anugerah Tokoh Siswa 2014 | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Pelajar UPM terima Anugerah Tokoh Siswa 2014

Pelajar UPM terima Anugerah Tokoh Siswa 2014

Oleh Noor Eszereen Juferi
Foto Mohammad Izrul Abdul Jabar



NIBONG TEBAL, 18 April - Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Hanif Ramlan dan Ling Tian Wong menerima Anugerah Tokoh Siswa 2014 pada majlis yang berlangsung di Dewan Utama Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000, trofi dan sijil.


Muhammad Hanif pelajar Bacelor Sains Perhutanan, Fakulti Perhutanan


Muhammad Hanif pelajar Bacelor Sains Perhutanan, Fakulti Perhutanan yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM memenangi kategori Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Terbaik.

Manakala, Ling Tian Wong pelajar Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama), Fakulti Pendidikan UPM memenangi kategori Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik.


Ling Tian Wong pelajar Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama), Fakulti Pendidikan UPM


Majlis Anugerah Tokoh Siswa itu dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan bertujuan untuk memberi galakan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik yang dapat memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran serta memberi sumbangan kepada masyarakat. - UPM


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1508640746