Pameran Hari Inovasi UPM Perkenal Inovasi Baharu | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Pameran Hari Inovasi UPM perkenal inovasi baharu

Pameran Hari Inovasi UPM perkenal inovasi baharu

By Syifarida Muhamad Zaki
Photos by Marina Ismail


SERDANG, 3 Jun – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan 15 inovasi baharu untuk dimanfaatkan pihak industri dalam bidang pertanian dan veterinar.

Antara inovasi baharu itu ialah  Formulasi Mikroemulsi Racun Serangga, Kotak Pemanas Solar, baja B-Green Bio, Perancah Tulang Nano komposit serta bahan tampalan nano komposit untuk pembaikan tulang.

Semua hasil inovasi itu dipamerkan pada Hari Terbuka Inovasi bertemakan Agriculture-Innovation-Business yang diadakan di Fakulti Pertanian UPM, di sini, semalam.



Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi, PSP, Dr. Mohd Fakry Zaky berkata, pameran itu bertujuan untuk mempromosikan pengkomersilan teknologi UPM di samping untuk menggalakkan lagi perbincangan secara bersemuka antara penyelidik dan pihak industri.

“Mereka juga berpeluang mendapatkan pandangan daripada penyelidik UPM yang terbabit dalam bidang berkaitan.

“Kebanyakan daripada produk yang dipamerkan telah mempunyai paten yang difailkan dan terdapat beberapa teknologi yang telah bersedia untuk dihasilkan pada skala besar dan seterusnya dikomersilkan,” katanya.

“Ini adalah pameran mini dan kita mengadakan kira-kira empat hingga lima kali setahun untuk mempromosikan inovasi UPM,” katanya.



Selain itu, Dr. Mohamad Fakri berkata, usaha pengkomersilan produk inovasi UPM yang dijalankan sejak 10 tahun lalu sehingga kini sudah berjaya melesenkan sebanyak 73 produk untuk kegunaan pelbagai industri dengan perolehan mencecah RM40 juta.

Antara produk yang dikomersilkan oleh UPM sebelum ini adalah vaksin untuk industri penternakan ayam, baja selain produk teknologi maklumat (ICT).

Penyelidik UPM menghasilkan beratus inovasi dan yang terpilih sahaja dipamerkan kepada penggiat industri namun, UPM turut melakukan promosi dan pemasaran untuk hasil penyelidikan lain untuk memberi manfaat kepada industri.


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511291355