| Universiti Putra Malaysia

Langkah kanan UPM di Varsity Sepak Takraw League Sirkit 1 (Zon Selatan)

SERDANG, 3 Mac – Pasukan sepak takraw Universiti Putra Malaysia (UPM A) berjaya menepati ramalan apabila muncul sebagai juara bagi kategori regu di Kejohanan Varsity Sepaktakraw League Sirkit 1 (Zon Selatan), UTM Skudai, Johor.

Kemenangan itu diperoleh setekah menewaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada 29 Februari hingga 3 Mac 2024 di Sports Hall 1, UTM Skudai, Johor.

 

 

Dalam kategori yang sama, pasukan UPM B memperolehi tempat ketiga setelah berjaya menumpaskan pasukan Politeknik Malaysia B dalam penentuan tempat ketiga.

Sementara itu, skuad takraw UPM A kategori beregu meraih naib juara selepas tunduk kepada pasukan Politeknik Malaysia B dan Muhammad Aiman Hakim Zakari (UPM A) telah dinobatkan selaku Pengumpan Terbaik sepanjang perlawanan itu berlangsung.-UPM

SXEbUAn~