Keakrabab Adik Beradik Mudahkan Li Dan Liong Raih Sarjana Serentak | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Keakrabab adik beradik mudahkan Li dan Liong raih Sarjana serentak

Keakrabab adik beradik mudahkan Li dan Liong raih Sarjana serentak

Oleh Thiviyah Manicam

Photo by Marina Ismail, Noor Azreen Awang & Mohd Hasrul Hamdan

SERDANG, 7 Nov – Keakraban adik beradik memudahkan mereka belajar pengajian sarjana yang sama hingga berjaya meraih ijazah Sarjana Komunikasi Korporat serentak.

Yeap Ming Li, 30 dan Yeap Ming Liong, 28 merakamkan detik keemasan menerima ijazah sarjana yang sama dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-41 di sini hari ini.

“Belajar bersama amat menyeronokkan kerana dapat berkongsi nota, rujukan dan bantu-membantu antara satu sama lain. Lagipun usia kami yang rapat dan hubungan yang erat amat membantu,” kata Ming Li, seorang pegawai kewangan dan kakak kepada Ming Liong.

Ming Liong, seorang wartawan penyiaran berkata, Education is ageless di mana kerjaya bukan alasan untuk tidak melanjutkan pengajian demi menggilap kemahiran diri.

“Hubungan adik-beradik memudahkan proses pembelajaran kami. Kejayaan ini kami dedikasi buat ayah dan ibu yang banyak memberi sokongan kepada pembelajartan kami,” kata Liong.

 

Updated:: 08/11/2017 [syifarida]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511362181