Impian Graduan Kurang Upaya Genggam PhD Jadi Kenyataan | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Impian graduan kurang upaya genggam PhD jadi kenyataan

Impian graduan kurang upaya genggam PhD jadi kenyataan

Oleh Thiviyah Manicam

SERDANG, 4 Nov – Impian seorang graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang kurang upaya Choo Sze Yi, 33, menjadi kenyataan apabila beliau dianugerahkan Doktor Falsafah (Ekonomi) oleh Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 di sini.

Anak kedua daripada tiga beradik ini menghadapi masalah otot sejak berusia 12 tahun, dan sejak dua tahun lalu pula terpaksa bergantung kepada kerusi beroda untuk bergerak apabila kesihatannya semakin merosot.

Justeru, ayahnya, Choo Yew Chun, 60,  terpaksa mendukung beliau ke tingkat dua, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan untuk bertemu dengan penyelianya, Prof. Dr. Alias Radam jika mendapat temujanjinya.

“Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa yang banyak berkorban sehingga saya dapat menghabiskan PhD. Ayah saya tidak jemu mendukung saya ke tingkat dua untuk berjumpa dengan penyelia”, kata Dr.Choo.

Beliau turut berterima kasih kepada Prof. Dr. Alias yang banyak membantu dan memudahkannya dalam pengajian dengan sanggup mengadakan sesi penyeliaan di tingkat bawah atau di pejabat pekerja, setelah mengetahui dirinya tiak dapat berjalan.

“Ketika dalam keadaan terdesak untuk menukarkan tajuk tesis saya kerana gagal mengumpulkan data selama setahun, beliau  menasihati saya untuk mendapatkan data berkenaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang akhirnya berjaya,” katanya. – UPM

Updated:: 05/11/2017 [syifarida]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511362221