| Universiti Putra Malaysia

Chapter Alumni YOSH UPM santuni anak-anak yatim dalam YOSH Putra® Recharge: YOSH Raya

Oleh: Nurul Athira Mohd Affandi & Fauzan Adzima Mohd Nasir

KLANG, 26 Mei – Chapter Alumni YOSH Universiti Putra Malaysia (UPM) menyantuni 51 orang anak-anak yatim daripada Pusat Kebajikan Mahabbah dan anak-anak yatim qariah Masjid Bandar Bukit Raja (MBBR) Klang dalam program YOSH Putra® Recharge: YOSH Raya baru-baru ini.

Program itu bagi memberi pendedahan kepada pelajar UPM untuk mendekati masyarakat serta memupuk jati diri menjadi individu prihatin dan berwawasan tinggi setelah bergraduat kelak.

Selain itu, program YOSH Putra® Recharge: YOSH Raya adalah kesinambungan daripada program bulan Ramadan lalu secara langsung dapat merapatkan ukhwah antara warga UPM.   

Program ini turut meraikan anak-anak yatim sempena Syawal, dalam program YOSH Raya dengan rakan kolaborasi pihak MBBJ serta pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ice breakingRaya Walk dan jamuan raya.

Pelajar-pelajar turut mendapat suntikan motivasi dalam slot perkongsian bersama alumni UPM.

Turut hadir, Nazir MBBR Klang, Md Nazri Mohamed Nor, Timbalan Pengerusi Pusat Alumni UPM, Fahmi Azar Mistar dan Fasilitator, Kursus Pengurusan Majlis, UPM, Zaliha Idris. - UPM

SXEeNAq~