42 Pelajar UPM Terima Sumbangan Hari Raya Tuanku Canselor UPM | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » 42 PELAJAR UPM TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA TUANKU CANSELOR UPM

42 pelajar UPM terima sumbangan Hari Raya Tuanku Canselor UPM


Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto: Marina Ismail & Mohd Hasrul Hamdan

SERDANG, 3 Julai – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim, asnaf dan mualaf yang terdiri daripada 42 pelajar UPM.

Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Sultan Selangor menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan sumbangan Wakaf Ilmu UPM oleh orang perseorangan, rakan korporat UPM dan staf universiti.



Sumbangan diterima daripada Pejabat Pendaftar UPM diwakili, Dato’ Wan Azman Wan Omar sebanyak RM150,178.00; dan wakil-wakil lain iaitu Bendahari UPM Zulkiflee Othman (RM251,901.83); Tabung Masjid UPM, Pengarah Pusat Islam Universiti, Dr. Razali Othman (RM217,673.28); Pengerusi Alumni UPM Kelas 75, Dr. Ibrahim Mohamed (RM60,500) dan Koperasi UPM Dr. Dasrilsyah Syahrial (RM15,000).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UPM Holdings, Tan Sri Dr. Nik Mustapha R. Abdullah turut menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2014 berjumlah RM233,125.



Wakaf Ilmu itu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM. - UPM


Updated:: [norafzan]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
B1498733051