| Universiti Putra Malaysia

15 pelajar baharu MBA jalani latihan keusahawanan


15 pelajar baharu MBA jalani latihan keusahawanan

 

SERDANG, 3 Sept – Universiti Putra Malaysia Education & Training Sdn Bhd (UPMET) buat julung kalinya telah menganjurkan Business Processes & Entrepreneurship Training (BPET) kepada 15 pelajar baharu sesi 2012/2013 yang telah mendaftar bagi program Master Business Administration (MBA) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Latihan dua minggu bermula dari 3 hingga 12 September lalu itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu MBA yang masih belum  mempunyai pengalaman kerja dalam pengurusan perniagaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif UPMET, Dr. Abdul Aziz Saharee berkata latihan itu memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengedalikan syarikat perniagaan sebelum pengajian MBA bermula pada 17 September 2012.

 

“UPMET bekerjasama dengan Malaysia Practice Enterprise Centre (MyPEC) bagi menyediakan latihan secara praktikal. MyPEC akan membantu pelajar menjalani latihan untuk mengendalikan dokumen rasmi perniagaan dan perakaunan. 

 

“Selain itu pelajar akan diberi latihan komunikasi secara berkesan apabila menjalani latihan rangkaian perniagaan domestik dan antarabangsa,” katanya semasa ditemui pada majlis pembukaan BPET.

 

Dr. Abdul Aziz berkata semua latihan yang dijalankan akan mencerminkan pengendalian perniagaan sebenar dalam sebuah syarikat walaupun terpaksa menghadapi senario yang berisiko dalam perkhidmatan atau kewangan. 

 

“Dengan cara ini, pelatih bukan sahaja dapat membina keyakinan dalam membuat keputusan perniagaan malah dapat belajar daripada kesilapan sepanjang menangani proses perniagaan,” katanya.

 

Latihan selama seminggu itu dapat memberi pengalaman kepada pelajar menjalani latihan dalam lima jabatan iaitu Jabatan Sumber Manusia, Perakuanan, Pemasaran dan Jualan, Pembelian dan kawalan Stok.

 

Berita ini disediakan oleh Syifarida Muhamad Zaki,  03-8946 6013 dan foto oleh Mohd Azreen Awang, 03-8946 6189

 

 



WXDdVAz~