Alumni Terbilang



UPM amat berbangga melahirkan barisan Alumni yang berjaya menyumbangkan impak besar kepada pembangunan ekonomi dan pembangunan negara dengan mengungguli bidang kepakaran masing-masing. 

Antara individu tersohor yang telah melonjakkan nama Universiti Putra Malaysia di persada kegemilangan adalah Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Mohd. Rashdan Baba, Tan Sri Arshad Ayub, Dato’ Abdul Aziz Abu Bakar, Dato’ Tajuddin Atan, Karam Singh Walia, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Tuan Hj. Anas Ahmad Nasaruddin dan Dr. Tan Siang Hee.

Kejayaan yang dicapai oleh barisan Alumni yang disegani ini sesungguhnya menjadi sumber inspirasi, bukan sahaja kepada para mahasiswa malah kepada masyarakat luar. Selain daripada sumbangan dalam bentuk kemahiran, komitmen serta falsafah hidup mereka tidak putus menjana semangat positif kepada rakyat Malaysia.

Maklumat lanjut berkenaan senarai permata alumni UPM, sila klik di sini untuk melayari halaman Alumni Terbilang.