Jaringan Komuniti


Komuniti

Dalam usaha mendukung matlamat UPM untuk menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan kearahpembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa; Universiti telah mengenal pasti tujuh komuniti tumpuan untuk dijalankan aktiviti. Penumpuan ini bagi memastikan aktiviti yang dilakukan dapat memberi impak yang boleh diukur daripada hasil  kerjasama tersebut. Komuniti tersebut ialah:-

            i.          Komuniti Setempat (Kawasan Serdang, Puchong dan Bintulu. Sarawak)

            ii.         Komuniti Petani, Penternak dan Nelayan;

            iii.        Komuniti Belia dan Remaja;

            iv.        Komuniti Orang Asli;

            v.         Komuniti Warga Emas;

            vi.        Komuniti Sekolah Angkat; dan

            vii.       Komuniti Penghidap Penyakit Kanser.

Bagi memberi khidmat kepada pihak Komuniti , Universiti juga memainkan peranan sebagai perantara kepada pihak Industri yang ingin menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat ‘ Corporate Social Responsibility  (CSR)’. Universiti akan mengenal pasti Industri yang ingin menjalankan program CSR dan menghubungkannya dengan komuniti sasaran.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti jaringan komuniti boleh menghubungi Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional.