Halaman Selamat Datang
Isnin, Februari 20, 2017 
Antarabangsa » Rangkaian Global » Mobiliti Pelajar
Mobiliti Pelajar





Aktiviti mobiliti pelajar dan pengiktirafan akademik yang seiring merupakan antara syarat penting bagi seseorang pelajar yang dinamik dan terbuka. Aktiviti sebegini akan membantu usaha-usaha pengantarabangsaan Negara dan mengembangkan pasaran mobiliti. Walaubagaimanapun, bagi seseorang pelajar itu boleh melibatkan diri dalam sebarang aktiviti mobiliti, mereka perlu sumber kewangan dan sokongan untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara.

UPM menawarkan program mobiliti bagi memenuhi keperluan pelajar antarabangsa yang ingin menghabiskan satu semester atau satu tahun pengajian di Malaysia. Ia juga memberi peluang yang sama kepada pelajar tempatan yang ingin merasai pengalaman belajar di  luar negara. Sehingga Februari 2012, UPM telah menandatangani 96 Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membudayakan program mobiliti pelajar dengan universiti-universiti seluruh dunia.

Peserta dan sasaran negara-negara bagi program mobiliti ini termasuk India, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun, Oman, Iran, Yemen, Sudan, Afrika Selatan, Australia, Itali, Austria, UK, Jerman dan Perancis. Dengan melibatkan diri dalam program mobiliti sedemikian, para pelajar akan memperoleh pengetahuan baharu, kefahaman budaya, kematangan dan rakan-rakan baharu. Mobiliti pelajar ialah sebuah program yang menggalakkan pertukaran pelajar di antara dua institusi dalam tempoh satu atau dua semester. Di dalam tempoh ini, kebiasaannya pemindahan kredit bagi program pengajian yang sedang dipelajari adalah dibenarkan Pertukaran ini mampu memberi pengalaman akademik yang amat berguna kepada pelajar yang terlibat.

Jenis Program Mobiliti

  1. Program pertukaran (1 atau 2 semester)
  2. Program jangka pendek (2 minggu atau lebih)
  3. Program latihan praktikal (2 minggu ke 6 bulan)
  4. Program latihan industri / penyelidikan (2 minggu atau lebih)
  5. Lawatan (kurang dari 2 minggu)

Untuk maklumat lanjut berkenaan program mobiliti yang terdapat di UPM, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program mobiliti English as a Second Language (ELS) yang khusus ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, sila klik di sini.


Carta Alir bagi Program Mobiliti (kemasukan pelajar ke dalam Negara)

Maklumat lanjut berkenaan program mobiliti pelajar, sila hubungi;
Seksyen Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa, Bahagian Antarabangsa
 
Pn. Nur Maisarah bt. Roslan
Penolong Pendaftar
(T) 8946 7446
(E) nurmaisarah@upm.edu.my
 
Cik Fadhilah bt. Ishak
Pembantu Tadbir
(T) 8946 7972
(E) fadh@upm.edu.my





Kemaskini Terakhir 21 06 2016 ( hairul_nizam )


Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: +603-8946 6024
Faks: +603-8943 2516

Pusat Antarabangsa
Universiti Putra Malaysia
Bangunan CII, Jalan Pongomia (Berdekatan Jabatan Muzik)
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603-8946 7972
Faks: 603-8656 3539

Bahagian Akademik
Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel : +603-8946 6060
Faks : +603-8942 6469

UPM International Sdn Bhd
Tingkat 1, Dewan Bankuet
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel : +603-8947 1160
Faks : +603-8947 1165