Pembiayaan Pelajaran




UPM amat menitikberatkan keperluan pelajar di dalam urusan pembiayaan pelajaran. Justeru, Unit Kewangan dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal ehwal Pelajar UPM telah diberi tanggungjawab menyelaraskan segala permohonan berkaitan permohonan biasiswa atau pinjaman para pelajar UPM. Segala perkhidmatan berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajar diuruskan oleh unit ini. Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti urusan ujian atau temuduga antara pelajar dengan penaja, seterusnya mengatur perjumpaan antara pelajar dengan penaja, khidmat nasihat berkenaan biasiswa, pinjaman dan sumbangan. Selain itu, para pelajar juga boleh mendapatkan info terkini berkenaan biasiswa, pinjaman dan sumbangan.

  Puan Siti Jumaah Osman
    sitie@putra.upm.edu.my 
    03-8946 6065