Ujian Penempatan Bahasa Inggeris



Setiap pelajar siswazah UPM dikehendaki mempunyai kelayakan Bahasa Inggeris yang minimum. Kelayakan yang diterima adalah seperti berikut:- 

IELTS - Band 6 

TOEFL – Ujian Berdasarkan Kertas 550; Ujian Berdasarkan Komputer 21; Ujian Berdasarkan Internet 80 

Sekiranya anda mempunyai kelayakan di atas, sila kemukakan salinan diperakui ketika anda mendaftar di Sekolah Pengajian Siswazah. Sila ambil perhatian bahawa TIADA kelayakan lain yang diterima. 

Bagi pelajar yang tidak memiliki kelayakan tersebut, anda perlu menduduki ujian penempatan Bahasa Inggeris di UPM apabila anda tiba di Malaysia. Sekiranya anda berjaya lulus ujian penempatan ini, anda telah memenuhi keperluan minimum Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, jika anda TIDAK lulus ujian TOEFL, IELTS atau penempatan Bahasa Inggeris UPM, anda diwajibkan mengambil kursus Bahasa Inggeris. Nama kod kursus ini adalah BBI 2418. Anda WAJIB lulus kertas ini untuk mengesahkan pencalonan anda sebagai pelajar siswazah di UPM.

Ujian penempatan ini terdiri daripada 60 soalan pelbagai pilihan. Soalan-soalan yang akan diberikan adalah kefahaman membaca, tatabahasa, dan penulisan. Untuk mendaftar ujian penempatan Bahasa Inggeris, sila ke Sekolah Pengajian Siswazah pada minggu pendaftaran. Anda dikehendaki membawa salinan surat tawaran dan pasport untuk mendaftar. Sebaik sahaja anda telah mendaftar, anda akan diberikan slip pendaftaran. Anda perlu membawa pasport dan slip pendaftaran untuk menduduki peperiksaan. Jika anda tidak mempunyai dokumen-dokumen ini, anda tidak akan dibenarkan untuk menduduki ujian penempatan. Anda juga dikehendaki untuk membawa pensil 2B dan pemadam. Jika anda lulus ujian penempatan, Sekolah Pengajian Siswazah akan mempertimbangkan ini sebagai memenuhi keperluan bahasa Inggeris anda. Walau bagaimanapun, jika anda gagal, anda perlu mendaftar untuk BBI 2418. 


BBI 2418: Bahasa Inggeris Pengajian Siswazah

Kursus ini mengambil masa selama 6 jam. Kelas akan diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula 5.00 petang hingga 7.00 petang. Slot alternatif juga diadakan bermula dari 8.00 malam hingga 10.00 malam selama 3 hari dalam seminggu. Bagi para pelajar yang mempunyai kekangan terhadap masa anda boleh menghadiri kelas pada hujung minggu. Namun, anda tidak dibenarkan menghadiri kelas pada waktu yang berlainan. Kelas ini akan dijalankan dalam kumpulan kecil iaitu seramai 25 orang. Tumpuan kursus ini akan diberikan kepada penulisan akademik, mendengar, bercakap dan membaca. Anda akan mempunyai tugasan mingguan, ujian, kuiz, pembentangan lisan dan peperiksaan akhir. 

Untuk mendaftar kursus BBI2418, anda dikehendaki mendaftar di dalam portal pelajar Sekolah Pengajian Siswazah terlebih dahulu. Maklumat terperinci berkenaan pendaftaran boleh diperolehi di dalam portal tersebut. Seterusnya, anda dikehendaki mendaftar kelas anda (kumpulan) dengan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.