Driving Range

Latihan memukul untuk pemain golf amatur

Lapang Sasar Golf UPM yang mula beroperasi pada tahun 2008 terletak di dalam kawasan Padang Golf UPM. Pelbagai kemudahan telah disediakan seperti 16 Bay (tempat memukul bola), kedai membaiki peralatan golf (fitting golf), kerusi dan meja untuk bersantai, kedai makan, tempat menukar pakaian dan rumah kelab.

Kadar sewaan bola golf yang dikenakan bagi tetamu adalah sebanyak RM10 (100 biji) manakala bagi pemain kakitangan UPM ataupun pelajar adalah sebanyak RM6. Lapang Sasar UPM ini dikendalikan oleh UPM Holding Sdn Bhd.

 

Pakej Pembelajaran

 

Di samping mempunyai jurulatih profesional untuk melatih para pemain amatur bermain dengan baik, Lapang Sasar  UPM turut menyediakan pakej pembelajaran yang merangkumi 10 kali latihan selama 2 jam sekali latihan. Pakej pembelajaran tersebut merangkumi pengurusan padang golf, pemilihan kelab serta peraturan dan etika golf.

Yuran yang dikenakan bagi pakej pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :-

 

 

 

 

 

Maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi Jurulatih Golf Profesional En. Mohd Din Mohd Nor melalui talian 016-297 6009

 

KADAR BARU PENGGUNAAN DRIVING RANGE ( BERMULA 7HB OGOS 2020 )

 

 

 

 

 

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :-

Kelab Golf Uniputra
Persiaran Golf, Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang Selangor.
Tel & Whatapp :-016 2976009