Demonstrasi



Dalam keadaan gangguan:

  1. Hubungi Talian Kecemasan UPM di talian 03-89471999.
  2. Maklumkan maklumat mengenai (Nama kumpulan demonstrasi, lokasi mereka berada, bilangan yang berdemonstrasi, senjata yang mereka miliki jika ada).
  3. Jangan membuat provokasi atau menghalang demonstrasi.
  4. Elakkan kawasan demonstrasi.

Sekiranya anda berada di dalam bilik/ dewan dan penunjuk perasaan berada di luar :

  1. Kekal dimana anda berada.
  2. Jauhkan diri dari pintu dan tingkap.
  3. Teruskan urusan anda seperti biasa (jika keadaan mengizinkan).
  4. Sekiranya perlu hentikan kerja dan keluar dari bangunan.
  5. Pastikan tempat kerja anda dalam keadaan selamat dengan mengunci pintu, fail , barang berharga, rekod penting dan peralatan yang mahal.
  6. Tutup komputer.