Dalam keadaan gangguan:
- Hubungi Talian Kecemasan UPM di talian 03-89471999.
- Maklumkan maklumat mengenai (Nama kumpulan demonstrasi, lokasi mereka berada, bilangan yang berdemonstrasi, senjata yang mereka miliki jika ada).
- Jangan membuat provokasi atau menghalang demonstrasi.
- Elakkan kawasan demonstrasi.
Sekiranya anda berada di dalam bilik/ dewan dan penunjuk perasaan berada di luar :
- Kekal dimana anda berada.
- Jauhkan diri dari pintu dan tingkap.
- Teruskan urusan anda seperti biasa (jika keadaan mengizinkan).
- Sekiranya perlu hentikan kerja dan keluar dari bangunan.
- Pastikan tempat kerja anda dalam keadaan selamat dengan mengunci pintu, fail , barang berharga, rekod penting dan peralatan yang mahal.
- Tutup komputer.