Bukit Ekspo



Menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah

Bukit Ekspo UPM yang terletak berhadapan dengan Pejabat Pengarah Taman Pertanian Universiti (TPU) merupakan tempat yang sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga dan aktiviti korporat seperti hari keluarga, sukaneka, pameran dan aktiviti akuatik seperti memancing serta berkayak. Bukit Ekspo juga sesuai digunakan untuk aktiviti pusat kokurikulum dan pembelajaran termasuk aktiviti keselamatan dalam air.

Keluasan keseluruhan kawasan Bukit Ekspo ini kira-kira 32 hektar.  Kawasan ini meliputi kawasan tapak ekspo seluas 12 hektar, kawasan bank genetik durian seluas 6 hektar, kolam ternakan ikan air tawar di sekitar Bukit Ekspo seluas 13 hektar, trek larian sepanjang 2.5 km, tapak perkhemahan, kemudahan rekreasi, tapak wakaf dan taman permainan kanak-kanak serta Rock Garden berhadapan kompleks TimeTelekom yang berkeluasan 1 hektar.

Selain daripada aktiviti riadah, Bukit Ekspo UPM turut menyediakan perkhidmatan kepada pihak korporat luar untuk mengadakan majlis-majlis rasmi ataupun tidak rasmi seperti pameran, hari keluarga, memancing dan pertandingan kayak. Kadar bayaran yang dikenakan kepada pihak luar untuk mendapatkan perkhidmatan adalah seperti berikut :-

                                                               Kadar Bayaran

Bil.

Perkara

Kadar Harga (RM)

Catatan

 

 1.

 

 Tapak Bukit Ekspo

 

3000.00/hari

-Jumlah peserta bawah 10,000
-Padang 1, Pentas Angsana (kosong), Rumah Mutiara, Bangunan Delima/Surau, Tempat letak kereta dan Tandas.

2.

Kemudahan Tambahan:
     i.Padang II
    ii.Tapak Perkhemahan
   iii.Astaka Orkid

 
1000.00/hari
1000.00/hari
1000.00/hari

 



3.



Tapak Bukit Ekspo dan Kemudahan Tambahan

 

5000.00/hari

-Jumlah peserta atas   10,000
-Padang 1, Pentas Angsana (kosong), Rumah Mutiara, Bangunan Delima/Surau, Tempat letak kereta dan Tandas.


4.


Cagaran Pembersihan Sampah Kolam

500.00/kolam/hari

Kolam pertama

200.00/kolam/hari

Kolam berikutnya

5.

Sewa Kolam (memancing)

1500.00/hari

Tanpa tambahan ikan

6.

Pejabat Urusetia

50.00/unit/hari

 

 

 

7.

 

 

Cagaran Pembersihan Sampah Kolam

50.00/hari

> 50 peserta

100.00/hari

51-200 peserta

250.00/hari

201-500 peserta

500.00/hari

501-1000 peserta

750.00/hari

1001-2000 peserta

1000.00/hari

2001-5000 peserta

1500.00/hari

5001-10000 peserta

Waktu operasi Pejabat Bukit Ekspo bagi yang ingin berurusan untuk menggunakan perkhidmatan adalah 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang, tidak termasuk Sabtu dan Ahad.

Untuk menggunakan kemudahan yang disediakan harus mendapat kebenaran terlebih dahulu melalui borang Permohonan Penggunaan Kawasan Bukit Ekspo dan kembalikan ke Pejabat Bukit Ekspo. Anda boleh menghubungi En. Hairi b. Abdul Aziz melalui talian 03-89467296 untuk mendapatkan maklumat lanjut.