Anugerah dan Pencapaian 2013




          TAHUN                                          TAJUK                                        FAKTA
                    2013   

Profesor UPM antara 20 wanita paling berpengaruh dalam bidang sains di dunia Islam

Prof Datin Paduka Khatijah Yusoff,  seorang pakar mikrobilogi, biologi melekul dan bioteknologi serta pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dari 2008 hingga 2013 dinobatkan sebagai antara 20 wanita Islam paling berpengaruh dalam bidang sains di dunia Islam oleh Muslim-Science.Com, sebuah portal dalam talian yang memberi tumpuan terhadap usaha menyemarakkan kembali kemajuan dan budaya sains di dunia Islam.
 

UPM ranking 16 dunia UI-GreenMetric World University Ranking 2013

UPM berjaya meningkatkan ranking penarafan UI-GreenMetric World University Ranking 2013 ke tempat 16 berbanding 19 pada tahun sebelumnya serta muncul universiti ranking tertinggi dari benua Asia dan Malaysia.
 

Saintis Penyelidik Terkemuka 2013 oleh Akademi Sains Malaysia  (ASM)

Dua belas saintis UPM adalah antara 35 saintis yang diberi pengiktirafan oleh Akademi Sains Malaysia  (ASM) sebagai saintis penyelidik terkemuka negara pada 2013. Mereka adalah;Prof Dr Fatimah Md Yusoff (Felo ASM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, Prof Dr Luqman Chuah Abdullah @ Chuah Teong Guan,  Prof Madya Dr M. Iqbal Saripan, Prof Dr Mahiran Basri, Prof Dr Mohd Ali Hassan, Prof Dr Noh Azah Yusof, Prof Dr Paridah Md Tahir, Prof Dr Raja Noor Zaliha Raja Abd Rahman, Prof Dr Shamshuddin Jusop, Prof Dr Tan Chin Ping dan Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin.
Laman web UPM telah dikurniakan 5 bintang untuk tahun 2013
Laman web UPM berjaya mengekalkan pencapaian 5 bintang beserta kedudukan ketiga antara 20 institusi pengajian tinggi (IPTA) di bawah penarafan MGPWA (Malaysia Government Portal and Websites Assessment) untuk tahun 2013
2 emas, 3 anugerah khas pada International Invention Show (INOVA) Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsudin dan pelajarnya, Muhammad Fakhri Zainuddin meraih dua emas dan tiga anugerah khas, Diploma Euroinvent Gold Medal dari Romania Inventor Forum dan Honor of Invention dari World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) pada International Invention Show (INOVA).
Anugerah Saintis Muda Negara 2013 di World  Innovation Forum Kuala Lumpur (WIF-KL) 2013 Prof. Madya Dr. Iqbal Saripan (Fakulti Kejuruteraan) dinobatkan sebagai juara kategori Anugerah Saintis Muda Negara pada malam penganugerahan Gala NightWorld Innovation Forum Kuala Lumpur (WIF-KL) 2013.
 Pembentang Terbaik dalam ‘Asia Women Eco-Science Forum 2013’ (AWESF 2013) Pelajar UPM, Marina Roseli  (Fakulti Pertanian) memenangi anugerah  Pembentang Terbaik dalam ‘Asia Women Eco-Science Forum 2013’ (AWESF 2013) dengan tajuk pembentangan ‘Bodiversity and Sustainable Development in Malaysia’.
 Pertanian dan Perhutanan, Pendidikan UPM - 100 terbaik universiti dunia Bidang Pertanian dan Perhutanan serta bidang Pendidikan di UPM diiktiraf sebagai antara 100 terbaik dunia mengatasi lebih dua ribu universiti lain menurut penarafan terbaru QS World University Rankings 2013/14.
4 Emas, 9 Perak, 8 gangsa dan 1 Anugerah Khas di PECIPTA 2013 UPM meraih 4 Emas, 9 Perak, 8 gangsa dan 1 Anugerah Khas daripada 25 penyertaan dalam Pameran Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2013.
Anggota ulung Balai Penghormatan (Hall of Honour) World Veterinary Poultry Association (WVPA) Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris dilantik oleh Badan Eksekutif World Veterinary Poultry Association  (WVPA)  menjadi anggota ulung Balai Penghormatan (Hall of Honour) persatuan itu yang menghubungkan saintis poltri daripada seluruh dunia.

Profesor kimia UPM dipilih ahli satu bahagian di International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC)

Prof. Taufiq Yap Yun Hin (Putra Catalysis Science and Technology Research Centre - PutraCAT) , dipilih sebagai Ahli Titular Bahagian 1 Kimia Fizikal dan Biofizikal IUPAC berpangkalan di Zurich untuk sesi 2014-2015. Pemilihan itu turut melayakkan beliau untuk sesi berikutnya iaitu 2016-2017.

 Naib juara pertandingan kitar semula beg debunga syarikat PBS International

Tiga pelajar kejuruteraan UPM muncul naib juara dalam satu pertandingan kitar semula beg pendebungaan sebuah syarikat British dan diberi peluang merangka satu rancangan perniagaan untuk produk-produk baru dibiayai oleh syarikat itu.

 Geran Anugerah Merdeka

Profesor Madya Dr. V Abhimanyu dan Dr. Natrah Fatin Mohd. Ikhsan menerima Anugerah Merdeka untuk 2012-2013 daripada Lembaga Pengamanah Anugerah Merdeka. Penerima geran akan menjalankan kajian jangka pendek dengan usahasama institusi antarabangsa terpilih bagi meningkatkan kepakaran.

 Juara cabaran berniaga syarikat gergasi Procter & Gamble

Nor Aslinda binti Abdul Rahman (pengajian Petrokimia) juara dalam satu pertandingan anjuran Procter & Gamble, sebuah syarikat gergasi multi-nasional Amerika yang mengeluarkan sejumlah besar barangan pengguna.

 Anugerah Akademik Negara 2011 dan 2012

UPM  berjaya meraih tiga anugerah di Anugerah Akademik Negara (AAN) 2011 & 2012. Penerima-penerima anugerah akademik negara 2011 dan 2012 ialah; Prof. Dr. Mohd Hair bin Bejo, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar (Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk), Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Kejuruteraan (Anugerah Ahli Akademik Harapan), dan Dr. Joanne Yeoh Pei Sze, Ketua Jabatan Muzik Fakulti Ekologi Manusia (Anugerah Seni Dan Kreativiti - Kelompok Seni Persembahan).

 Sarjana UPM dipilih ketuai Balai Ikhtisas Malaysia (BIM)

Prof. Dr Mohd Khanif Yusop, telah dipilih sebagai presiden Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) iaitu badan induk ahli profesional Malaysia.

 Naib Canselor UPM sebagai Profesor Kehormat oleh Kazakh National Agrarian University (Kazakh) dan Kementerian Pendidikan dan Sains, Republik Kazakhstan

Bersempena dengan majlis menandatangani MoU dan perbincangan berkenaan permulaan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Kazakh National Agrarian University (KazNAU), Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan, turut dianugerahkan Profesor Kehormat oleh Kazakh National Agrarian University (Kazakh) dan Kementerian Pendidikan dan Sains, Republik Kazakhstan.

 Pingat Emas  sebagai pelajar tahun akhir  kejuruteraan terbaik daripada Institut Jurutera Malaysia (IEM)

Pelajar UPM, Saw Ting Yik, memenangi  Pingat Emas  sebagai pelajar tahun akhir  kejuruteraan terbaik daripada Institut Jurutera Malaysia (IEM).

 Anugerah Gong Kencana Emas pada Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2013

UPM  dinobatkan Juara Keseluruhan Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2013 dengan membawa pulang Anugerah Gong Kencana Emas.Anugerah Gong Kencana Emas ini diberikan kepada IPTA yang menduduki tempat pertama berdasarkan kepada pencapaian yang cemerlang dalam pertandingan-pertandingan dan festival-festival yang dianjurkan di peringkat MAKUM sepanjang tahun 2011-2012.

3 Emas, 3 Anugerah Khas dalam pameran Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 

UPM memenangi 1 pingat emas, 9 perak dan 9 gangsa dalam kategori  Invention & Innovation Awards dan 2 pingat emas, 3 gangsa  dan 3 Anugerah Khas dalam kategori International Design Awards (mIDEAS) pada pertandingan tahunan untuk saintis dan penyelidik nasional mempamerkan rekacipta masing-masing. Tiga Anugerah Khas yang dimenangi ialah Foreign Special Award-Japan Intellectual Property Association (JIPA), The Best Awards dan Special Award with Compliment from Panel Jury.

 Anugerah Insentif Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Atlit tenpin boling negara, Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malik dari UPM menerima Anugerah Insentif Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) daripada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Anugerah Kecemerlangan KPT 2012.

 Khwarizmi International Award (kategori antarabangsa)

Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit memenangi Khwarizmi International Award (kategori antarabangsa) kerana pencapaian projek-projek penyelidikannya.

Johan dalam pertandingan  robotik, Robogamez 2013 

Pasukan Putra-X (Mohd. Hasimi Mohd. Sidek, Mohd. Hafizi Kasman, Mohd. Asmi Ashaari & Muhd. Azizi Mohd. Idris) dalam bidang kejuruteraan robotik muncul johan dalam pertandingan Robogamez 2013.

 Pingat emas bagi kategori foil wanita pada Kejohanan Lawan Pedang Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Natasha Ezzra , pelajar UPM, menjuarai kategori foil wanita pada Kejohanan Lawan Pedang Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

 Debat Keamanan Ala Presiden Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi

UPM merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

 Pingat emas dalam Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI)

UPM dianugerahkan pingat emas dalam PRPI di atas  inovasi reka bentuk berasaskan tumbuhan tropika oleh Dr. Zulkifli Muslim.

 Tiga pingat emas dalam Kejohanan Lawan Pedang 2013 di Majlis Sukan Negara (MSN)

UPM cemerlang mengutip tiga pingat emas dalam Kejohanan Lawan Pedang 2013 di Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi kemenangan Fizah Syabila dalam kategori sabre wanita, Yaminah Mohd Yasin (epee wanita) dan Natasha Ezra Abu Bakar (foil wanita).

 Juara pertandingan Pengucapan Awam Inter Kediaman Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2.

UPM yang diwakili oleh Daniel Mohan Jacob menjuarai pertandingan Pengucapan Awam Inter Kediaman Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2.

 Dato’ Dr. Mohamad Hashim bin Ahmad Tajudin dari Fakulti Pertanian, UPM dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif BERNAS

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) telah melantik Dato’ Dr. Mohamad Hashim bin Ahmad Tajudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif BERNAS yang baharu.

 Mewakili negara dalam 12th Hitachi Young Leaders Initiative

Pelajar UPM, Chong Sui Kiat telah dipilih untuk mewakili negara dalam 12th Hitachi Young Leaders Initiative di Bangkok, Thailand.

 Juara berpasukan di Kejohanan Memanah Dalam Dewan Piala Ketua Menteri Melaka

UPM juara dalam acara berpasukan dan naib juara acara berpasukan atlet tuan rumah di Kejohanan Memanah Dalam Dewan Piala Ketua Menteri Melaka. 

 Juara Liga Bola Jaring IPT Zon Tengah Selatan.

UPM menjuarai Liga Bola Jaring IPT Zon Tengah Selatan apabila menewaskan UiTM dengan 28-18.

 Ke peringkat akhir pertandingan di peringkat antarabangsa anjuran Airbus “Fly Your Ideas” di Perancis

Sekumpulan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan UPM, Koo Teck Hock, Ong Thiam Chun, Teong Chee Khoon dan Tan Kai Jun telah dipilih diantara lima pasukan terbaik oleh Airbus untuk mempersembahkan idea mereka mengenai bidang penerbangan hijau di dalam cabaran edisi ketiga Fly Your Ideas dihadapan juri pakar yang penting dan berpengaruh dalam industri Airbus di Perancis.

 Juara Help University Malay Mail English Essay Competition 2013

Pelajar UPM, Sim May Yee, menjuarai kategori kolej/universiti di Help University Malay Mail English Essay Competition 2013.

 Juara Liga Hoki Lelaki MASUM Divisyen 1 2013

UPM merupakan  juara Liga Hoki Lelaki MASUM Divisyen 1 2013.

 Juara “Wings of KKB”

Pelajar UPM, Ong Kang Woei, Mohd Azri Ahmad dan Mohd Shahril Ab Razak daripada pasukan “3 Harriers” memenangi kategori terbuka di pertandingan memerhati burung yang kedua, “Wings of KKB”.

 Pemenang Anugerah di Teknologi Makanan Antarabangsa

UPM yang diwakili Sew Chang Chew, Tan Tai Boon, Mohd. Asraf Mohd Zainudin, Kuan Chee haov dan Najla Gooda Sahib memenagi  tempat pertama di Teknologi Makanan Antarabangsa anjuran  Institute of Food Technologists (IFT)  untuk dua tahun berturut-turut melalui produk mereka "EnerTEIN", makanan tambahan untuk meningkatkan ketahanan badan kepada pesakit HIV yang mengalami kelemahan sistem imunisasi akibat kehilangan tenaga dan protein.

 Pingat perak di Kejohanan Wusyu Dunia ke 12

Diana Bong dari UPM mendapat pingat perak melalui acara Nan Gun wanita pada Kejohanan Wusyu Dunia ke-12 yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur.

 Juara bola sepak Majlis SUkan Universiti Malaysia (MASUM) 2013

UPM muncul juara bola sepak Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2013.

 Anugerah Berprestij MIMOS

Dr Salfarina Abdullah daripada Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM dipilih penerima Anugerah Berprestij MIMOS 2013 apabila MIMOS Berhad menduduki tangga keenam senarai Triti Kerjasama Paten (PCT) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WHO).

 Menjuarai kategori Wanita Terbuka pada final Pesta Bola Jaring Antarabangsa USM.

UPM menjuarai kategori Wanita Terbuka pada final Pesta Bola Jaring Antarabangsa USM.

Anugerah “Promising Student Enterprise 2013”

UPM dianugerahkan “Promising Student Enterprise 2013” di Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan 2013 (MEA).