Anugerah dan Pencapaian 2012



TAHUN

TAJUK

FAKTA

 

2012

 

 

 5 bintang untuk SETARA dan 6 bintang untuk MyRA

UPM mendapat 5 bintang (universiti cemerlang) untuk SETARA (Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi) dan 6 bintang untuk MyRA (penarafan Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia
efforts.

IPT Prihatin Warga Emas

Sempena Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2012, UPM mendapat penghargaan sebagai “IPT Prihatin Warga Emas” di atas sumbangan dan penglibatan dalam menjayakan “Program Pembelajaran Sepanjang Hayat” dan sijil penghargaan ini disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

 Felo Akademi Malaysia

3 saintis UPM dilantik sebagai Felo Akademi Sains Malaysia iaitu Prof. Datin dr. Faridah Hanum Ibrahim (Dekan Fakulti Perhutanan), Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din (Pengarah Putra Science Park) dan Prof. Dato' Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan (Pengarah Institut Penyelidikan Matematik).

Akreditasi AACSB (Association to Advance Collegiate Schools of Business)

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Putra Business School, berjaya memperoleh akreditasi dalam bidang perniagaan daripada AACSB. UPM merupakan universiti pertama di Malaysia  dan yang ke-6 di Asia Tenggara yang mendapat Akreditasi AACSB.

Pingat Emas dalam pertandingan Developing Solutions for Developing Countries

6 pelajar siswazah UPM dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan Developing Solutions for Developing Countries yang dianjurkan oleh Institute of Food Technologists Student Association (IFTSA) pada 25-28 Jun 2012 di Las Vegas Convention Center, Las Vegas, Nevada, USA.

Top Research Scientist Malaysia

12 saintis UPM telah diumumkan sebagai 'Top Research Scientist Malaysia' (TRSM) 2012 dalam majlis 2012 Conferment of Fellowship of the Academy of Science Malaysia. Pemilihan adalah berdasarkan pencapaian penyelidikan dan sumbangan ke arah peningkatan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat umum.

MOHE Entrepreneurial Awards (MEA)

UPM memenangi dua hadiah MOHE Entrepreneurial Awards (MEA) 2012 edisi pertama iaitu kategori universiti Entrepreneurial Impact dan kategori pelajar, Best Student Enterprise pada Majlis Penganugerahan MOHE Entrepreneurial University of the Year Award 2012.

Juara Keseluruhan SUKIPT

UPM dinobatkan juara keseluruhan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dikalangan 101 buah IPT dengan menguasai temasya dengan meraih 52 pingat emas, 26 perak dan 21 gangsa. Olahragawati SUKIPT ialah Chui Lai Kwan, atlet renang UPM.

Malaysia GreenTech Awards

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memilih UPM sebagai pemenang Malaysia GreenTech Awards 2012 bagi kategori GreenTech University.

Juara Liga Hoki MASUM

Pasukan Hoki UPM mempertahankan kejuaraan Liga Hoki MASUM 2012 untuk tahun kelima berturut-turut.

Masjid UPM meraih tempat pertama kategori Rumah Ibadah Islam/Masjid dalam pertandingan Perbandaran Bersih dan Indah anjuran MPSJ

 Masjid UPM meraih tempat pertama kategori Rumah Ibadah Islam/Masjid dalam pertandingan Perbandaran Bersih dan Indah anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

7 pingat emas, 6 perak, 2 gangsa dan 1 anugerah khas INPEX, USA pada ITEX ke-23.

UPM berjaya meraih 7 pingat emas, 6 perak dan 2 gangsa pada Invention, Innovation & Technology (ITEX) kali ke-23. 

Anugerah Belia Cemerlang Malaysia 2012

Prof. Madya Dr. M. Iqbal Saripan dianugerahkan Anugerah Belia Cemerlang Malaysia atau The Outstanding Young Malaysian Award (TOYM) 2012 bagi kategori Medical Innovation.

Anugerah Perpustakaan Cemerlang

Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM telah memenangi Anugerah Perpustakaan Cemerlang bagi Kategori Perpustakaan Besar.

Anugerah Harta Intelek Negara

UPM telah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2012 bagi Kategori Organisasi (Kerajaan dan Swasta). Pengiktirafan tersebut diberikan kepada UPM atas sumbangan dalam membangunkan teknologi, penyelidikan dan inovasi kepada negara.

Anugerah Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

5 pelajar UPM yang juga atlet kebangsaan telah memenangi anugerah utama MASUM.

Anugerah Sanjungan MAPIM

YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, mantan Naib Canselor UPM, telah menerima anugerah Sanjungan MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia). Pengiktirafan diberikan atas usaha dan sokongan beliau dalam memaju dan mengangkat martabat penerbitan ilmiah Malaysia semasa menerajui MAPIM.

Anugerah Nasional Fellowship untuk Wanita Dalam Sains daripada L’Oreal Malaysia

Prof. Madya Dr. Wan Azlina Wan Abdul Karim Ghani dan Dr. Firdaus Mukhtar menerima Anugerah Nasional Fellowship untuk Wanita Dalam Sains daripada L’Oreal Malaysia masing-masing melalui penyelidikan pembangunan hidrogel berasaskan biochar komposit dan penyelidikan mengenai kesan terapi tingkah laku kognitif untuk pesakit wanita dengan gangguan kebimbangan.

Anugerah Akademik Negara

Prof. Dr. Mohd Adzir Mahadi, pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, dipilih sebagai penerima Anugerah Akademik Negara 2011 bagi Kategori Anugerah Ahli Akademik Harapan. Manakala, Prof. Dr. Mohd Hair bin Bejo, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar menerima anugerah Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan.

Special Achievement Award bagi Truck of the Year 2012

Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, mantan Naib Canselor UPM, telah dianugerahkan Special Achievement Award untuk Truck of the Year 2012 di majlis New Straits Times-Shell Rimula Truck of the Year sebagai mengiktiraf perintisan dan usaha beliau dalam isu keselamatan jalan raya. 

Anugerah Inovasi WIF-Kuala Lumpur dan Anugerah Khas (BioInnovation Awards)

 

UPM menerima 6 pingat emas, 4 perak dan 4 gangsa dalam Anugerah Inovasi WIF-Kuala Lumpur serta 3 Anugerah Khas (Bioinnovation Awards).

UPM cipta sistem pantau pergerakan pesakit Alzheimer

4 penyelidik dari Institut Gerontologi (IG), UPM iaitu  Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, Prof. Madya Dr. Ahmad Rodzi Mahmud, Dr. Zaiton Ahmad dan seorang pelajar siswazah Mohd Fadhil Abuhan membangunkan alat Alzheimer’s-Real Time Location System (A-RTLS) yang menggunakan gelombang radio berfrekuensi rendah bagi memantau pergerakan pesakit Alzheimer.

UPM temui inovasi jadikan buluh pengganti kayu

UPM membangunkan satu lagi produk inovasi ter­barunya dinamakan 'Kaedah dan Alatan V­Grooving' yang berupaya merubah si­linder buluh kepada kepi­ngan rata, sekali gus meng­gantikan fungsi kayu serta penggunaan papan dalam pelbagai sektor berkaitan.

Pelaksanaan Autonomi dalam 4 bidang

 

Kementerian Pengajian Tinggi dengan persetujuan Jemaah Menteri memberi Autonomi kepada UPM dalam empat bidang iaitu Governan Institusi, Kewangan dan Penjanaan Kekayaan, Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik serta kemasukan pelajar.

Inovasi UPM terpilih dalam ‘Malaysian Innovators- Everyone can Innovate’

Penyelidikan vaksin Newcastle Disease Vaccine (NDV4-UPM Vaccine) UPM terpilih dimuatkan dalam buku ‘Malaysian Innovators- Everyone can Innovate’. Inovasi UPM itu ialah penyelidikan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UPM Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latif Ibrahim.

Geran Program Pemindahan Ilmu (KTP) Tertinggi Di Kalangan IPTA

UPM berjaya menerima sebanyak 17 projek termasuk 1 projek flagship (industri) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,356,734.75 iaitu jumlah geran projek KTP  tertinggi berbanding IPTA lain.

Pusat Kecemerlangan Kebajikan Haiwan

UPM dipilih oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai Pusat Kecemerlangan Kebajikan Haiwan.
 

Penarafan 5 Bintang kepada Laman Web UPM

 UPM menunjukan peningkatan dalam penyediaan laman web dan portal dengan mendapat 5 bintang beserta kedudukan ketiga daripada 12 terbaik antara 20 institusi pengajian tinggi (IPTA) pada tahun 2012 berbanding kedudukan kesepuluh dan 4 bintang pada tahun sebelumnya.