Zappa

ZAPPA ialah salah satu produk R&D UPM yang mempunyai impak bernilai tinggi kepada sector tanaman padi. Ia merupakan rawatan benih padi untuk meningkatkan percambahan benih yang pesat bagi tanaman yang ditabur terus. Impak ZAPPA ialah seperti berikut:

  • Meningkatkan percambahan biji benih sehingga 90%
    Meningkatkan pertumbuhan akar dan pucuk sebanyak 120% dan 90% pada hari ke-3
  • Mengurangkan masalah pertumbuhan rumpai yang menyerupai tanaman padi
  • Membantu menjimatkan penggunaan air di kawasan sawah
  • Mengurangkan kos buruh serta penggunaan pertisid yang memberikan kesan sampingan kepada pengguna
  • Meningkatkan produktiviti industri beras Negara sebanyak 20%