Mengenali Pusat Alumni



Pusat Alumni Universiti menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan menganjurkan banyak program-prgram hebat yang memberi manfaat kepada alumni kami yang dihargai. Menjulang nama sebagai sebuah alumni untuk universiti yang terkemuka di Malaysia, kami sedar bahawa anda adalah lambang universiti yang mampu mencerminkan kejayaan UPM. Oleh itu, kami percaya bahawa pengalaman yang anda perolehi sepanjang berada di universiti telah menyemai rasa megah dan bangga untuk menunjukkan imej kecemerlangan UPM di mana jua anda berada.

Sesungguhnya kami berbangga dengan anda, amat berbangga.

Pusat Alumni UPM berbesar hati untuk berkhidmat, memperkayakan dan menjadikan anda warga alumni kami yang dihormati.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut pelbagai perkhidmatan dan program-program menarik yang kami sediakan, sila klik sini untuk mendapatkan maklumat tersebut.