WAZAN UPM Lancar Program Ziarah Ihsan PKPP Asnaf | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » WAZAN UPM lancar program Ziarah Ihsan PKPP Asnaf

WAZAN UPM lancar program Ziarah Ihsan PKPP Asnaf

Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak

 

SERDANG, 20 OGOS – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan Program Ziarah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Asnaf bagi tahun 2020.

Program itu melibatkan 123 pelajar asnaf UPM di 14 buah negeri di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak bermula 20 Julai hingga 4 Oktober 2020 ini.

 

Selain melihat sendiri situasi sebenar kehidupan pelajar asnaf di kampung halaman mereka, program Ziarah Ihsan PKPP itu bertujuan untuk mengagihkan bantuan tambahan, khususnya mereka yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac – 12 Mei 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 13 Mei – 10 Jun 2020 yang lalu.

Menurut Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, WAZAN, UPM, Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim berkata sukarelawan-sukarelawan Ziarah Ihsan PKPP WAZAN UPM telah diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pelaksanaan program itu berjalan secara teratur agar SOP sepanjang PKPP dipatuhi dengan memastikan semua sukarelawan yang melawat serta pelajar yang diziarahi berada dalam keaadan sihat,” katanya.

Tambah beliau selaku pegawai penyelaras program tersebut berkata semasa melawat keluarga pelajar di rumah mereka WAZAN UPM memastikan semua sukarelawan memakai pelitup muka (facemask), menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta melakukan penjarakan sosial ketika bergambar dan mengimbas kod QR yang disediakan disetiap rumah yang bakal dikunjungi.

Pelajar-pelajar asnaf yang terpilih akan diberikan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000.00 menerusi dana agihan zakat UPM dan barangan keperluan yang disumbangkan oleh Pesatuan Pentadbir UPM (PPUPM). - UPM

Tarikh Input: 27/07/2020 | Kemaskini: 27/07/2020 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKcIAm:08:06