UPMSTEM Menganjurkan 'Arduino For Classroom' Untuk Guru-guru UAE | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPMSTEM menganjurkan 'Arduino for Classroom' untuk guru-guru UAE

UPMSTEM menganjurkan 'Arduino for Classroom' untuk guru-guru UAE

Oleh: Dr. Suriati Paiman

 

SERDANG - Sains Teknologi Kejuruteraan Matematik UPM (UPMSTEM), IEEE Litar dan Sistem (CAS) Malaysia serta MidEast Malaysia Training Sdn. Bhd., baru-baru ini telah menganjurkan 'Arduino for Classroom', suatu program khidmat masyarakat dengan aktiviti praktikal untuk lapan orang guru bidang-STEM dari dari Suruhanjaya Diraja Kerajaan Arab Saudi bagi Jubail dan Yanbu (RCJY), UAE.

Program kerjasama itu diketuai oleh Penyelaras UPMSTEM, Dr. Suriati Paiman dan pelatih Arduino, Dr. Nizam Tamchek, yang kedua-duanya dari Fakulti Sains.

Dua pensyarah lain dari Fakulti Kejuruteraan, PM. Dr. Suhaidi Shafie dan Dr. Haslina Jaafar juga terlibat dalam latihan ini.

Empat modul dalam latihan satu hari ini merangkumi pengenalan kepada Arduino, pembinaan asas perkakasan dan perisian, latihan masa nyata serta projek STEM secara praktikal. Objektif program adalah untuk mempromosikan dan mengintegrasikan pendidikan STEM dalam aktiviti bilik darjah UAE melalui pengetahuan asas Arduino.

Dr. Suriati yang juga Penasihat Persatuan Guru Pendidikan STEM Malaysia, berkata bahawa guru-guru UAE memerlukan aktiviti praktikal STEM agar mereka dapat menghubungkaitkan kandungan sukatan pelajaran berkaitan STEM yang mereka pelajari setiap hari.

"Sebagai contoh, guru boleh menghubungkaitkan bagaimana cahaya dan warna berfungsi menggunakan spektrofotometer Arduino asas, suatu peranti yang dapat menjelaskan frekuensi sesuatu sumber cahaya tertentu," katanya.

Sementara itu, Dr. Haslina, yang merupakan pemudahcara/fasilitator program, berkata para guru turut mendapat inspirasi untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari semasa latihan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar di UAE dengan menggunakan papan Arduino untuk membuat projek mini mereka sendiri atau untuk inovasi sekolah pada masa depan.

Pengerusi IEEE CAS, Suhaidi Shafie, memuji usaha yang memberi peluang kepada guru untuk menyaksikan sendiri keindahan pembelajaran sains melalui Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam kehidupan seharian mereka.

Dr. Ahmad Subhi Kayed Amaireh, wakil Pembangunan dan Perundingan dari Cambridge, berkata kandungan latihan menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan mata pelajaran lain berkaitan dengan STEM boleh menjadi seronok dan sangat menarik.

“More importantly, we want teachers to be able to understand STEM fields clearly so that they could demonstrate their school project and innovation in the classroom,” he said. – UPM

"Lebih penting lagi, kami mahu guru memahami bidang STEM dengan jelas supaya mereka boleh mendemonstrasikan projek sekolah dan inovasi mereka di dalam bilik darjah," katanya. - UPM

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/07/2018 | Kemaskini: 25/07/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1544805943