| Universiti Putra Malaysia

UPM - USSH (Vietnam) kukuh kerjasama dalam Sains Sosial & Kemanusiaan.

By Nursafwah Tugiman



Ho Chi Minh - Universiti Putra Malaysia (UPM) buat pertama kali menjalinkan memorandum persefahaman (MoU) selama 5 tahun dengan  University of Social Sciences & Social Humanities (USSH), Vietnam dalam bidang sains kemanusiaan.

Kedua-dua universiti itu akan mengadakan pertukaran staf akademik dan pelajar, kerjasama kajian dan pertukaran material saintifik, penerbitan dan pengetahuan.

MoU itu adalah bagi menjayakan projek khas Cambodia, Laos, Malaysia & Vietnam (CLMV) yang bertajuk Developing a Student Development Index (SDI): Comparative Evidences from Cambodia, Vietnam and Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara Universiti Sains Malaysia, dan Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM.

MoU pada 17 Oktober lalu ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr.
Mohd Fauzi Ramlan dan Presiden USSH, Prof. Dr. Vo Van Sen di sini.



Hubungan antara USSH dengan Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Zulhamri Abdullah UPM bermula pada Mac lalu di mana beliau juga  adalah ketua penyelidik untuk Student Development Index (SDI) dibawah  program CLMV.

USSH, Vietnam National Universiti – HCMC yang merupakan universiti kebangsaan di Vietnam ditubuhkan sejak 1957, adalah antara universiti terbesar dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan di Vietnam. Aktiviti/program pengajaran, penyelidikan dan pengembangan di USSH adalah berteraskan konsep global interdependence.

USSH sebagai institusi tinggi di selatan Vietnam menawarkan pusat latihan dan kajian saintifik serta mempunyai dua kampus bertempat di District 1 dan Thu Duc District  yang terdiri daripada 18 fakulti (antaranya Falsafah, Sejarah, Kewartawanan & Komunikasi, Geografi dan Sosiologi).

USSH menyediakan 53 bidang Ijazah, 33 bidang Master dan 13 bidang Kedoktoran. Jumlah pelajar di USSH adalah 34,000 di mana 32,000 (ijazah), 1800 (Master) dan 200 (Kedoktoran).


WXDcQAs~