UPM-UMT-UNISEL Rintis Penyelidikan Teknologi Baharu Mikro Alga Bernilai Tinggi | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM-UMT-UNISEL rintis penyelidikan teknologi baharu mikro alga bernilai tinggi

UPM-UMT-UNISEL rintis penyelidikan teknologi baharu mikro alga bernilai tinggi


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG - Institut Biosains (IBS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Selangor (UNISEL) merintis penyelidikan baharu mikro alga bernilai tinggi dalam kajian mikro alga bernilai tinggi melalui program Science Technology Research Partnership Strategy (SATREPS), Jepun di sini.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata kerjasama itu boleh merangsang industri akuakultur di Malaysia serta memastikan industri akuakultur boleh menjadi sumber makanan dan bahan mentah bagi generasi akan datang.

“Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Japan Science and Technology Agency (JST) dengan kerjasama kerajaan negara itu dan Malaysia akan mencipta satu sistem kultur berskala besar bermula April depan, selama lima tahun untuk penghasilan mikro alga serta  penghasilan teknik kultur mikro alga yang efisien dan kos efektif.

“Pembangunan fotobioreaktor untuk kultur biomass mikro alga berskala besar serta pembangunan teknologi kitar semula nutrien dari sisa akuakultur dan memindahkan teknologi baharu di ladang akuakultur turut akan dibangunkan melalui kerjasama ini,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara institut Malaysia dan Jepun.


Selain itu, antara yang terlibat dalam program penyelidikan itu adalah Soka University, University of Tokyo, Tokyo Institute of Technology dan National Institute Environmental Studies.

Ketua Laboratori, Bioteknologi Marin, IBS UPM, Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff berkata inovasi itu bakal menyumbang kepada makanan bervitamin tinggi untuk industri akuakultur serta produk supplement kesihatan dan farmaseutikal.

“Selain itu, teknik amalan ladang terbaik akan diperkenalkan untuk memperoleh nutrien dari kitar semula enapcemar kolam akuakultur, serta berkesan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Mikro alga mengandungi karotenoid, flavonoid dan asid lemak tak tepu yang boleh dimanfaatkan dalam industri makanan,” katanya. - UPM


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860464