| Universiti Putra Malaysia

UPM tumpuan syarikat cari pekerja siswazah

Oleh Syifarida Muhamad Zaki
foto oleh Mohd Harul Hamdan



SERDANG, 15 Mei (UPM) – Lebih 3,000 siswazah melawat  pesta pekerjaan dua hari disertai lebih 50 perbadanan dan syarikat multinasional yang menawarkan  kerja kepada graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lain-lain institusi pengajian tinggi.

Pesta Kerjaya itu yang dianjurkan bersama oleh Pusat Pembangunan Keusahasawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM dan Careertour (M) Sdn Bhd, dilancarkan oleh Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan di kampus UPM hari ini.  

Pada hari pertama saja, lebih 2,000 graduan mengunjunginya manakala seramai 1,000 pada hari kedua, kata Keith Loo, Eksekutif Pemasaran Careertour.

Ia disertai 53 syarikat yang membuka gerai dan berdasarkan pengalaman lalu, peserta berpuas hati dengan sambutan daripada pencari kerja.



“Selepas karnival, kami akan menjalankan kajian dan membuat susulan bagi mengetahui jumlah pelajar yang  akhirnya mendapat pekerjaan dengan syarikat terlibat,” kata Loo.

Dalam usaha menceriakan pesta itu, penganjur  mengadakan empat pertandingan: satu hadiah RM10,000 kerana ditawar pekerjaan; sebuah IPhone 5  untuk resume terbaik; sebuah Samsung Galaxy S4 untuk pertandingan Teka dan Menang dan sebuah Mini Ipad untuk pertandingan lembaran Like Facebook.

Pengarah CEM Prof.Madya Dr Zulhamri Abdullah berkata berdasarkan maklumbalas, mereka menjangkakan 53 majikan menawarkan lebih 300 pekerjaan.

Antaranya, Puncak Niaga yang menawarkan 50 jawatan; Nestle, 60 dan Panasonic, 30.

Pelajar-pelajar UPM, katanya, diberitahu mengenai karnival itu ketika mereka menghadiri  sesi ‘penamatan pengajian’ yang wajib selepas peperikaan akhir di mana mereka diajar cara-cara menulis resume sewaktu memohon pekerjaan.

“Kami mengajar mereka berpakaian dan berkelakuan sesuai ketika ditemuduga, malah turut mengadakan latihan temuduga untuk mereka,” kata beliau.



Sesi ‘penamatan pengajian’ dimulakan lima tahun lalu, diwajibkan untuk semua pelajar yang bakal bergraduan. Mereka akan diberi taklimat oleh staf Sumber Insan daripada sektor swasta mengenai apa yang akan dihadapi  dalam mencari  pekerjaan.

UPM, kata Dr Zulhamri, akan menyiapkan graduannya untuk dunia pekerjaan dalam tiga tahap bergantung kepada sikap dan minat mereka:

1)   pekerjaan,  pekerja bergaji

2)   melanjutkan pelajaran

3)   memulakan perniagaan atau menjadi usahawan

Pada karnival itu, pelajar diminta membawa bersama resume mereka, surat perakuan dan dokumen lain dan bersedia untuk ditemuduga dalam bilik disediakan.

“Di samping itu, kami juga meluaskan jaringan dengan mensasarkan pelajar tahun dua dan tiga bagi membolehkan mereka berfikir dan merancang kerjaya atau penghidupan mereka.

Ceylinn Chan, Eksekutif Perniagaan Kanan OSIM (M) Sdn Bhd, memberitahu mereka ada beberapa jawatan kosong dan mencari calon terbaik bagi mengisinya.

Antara kerja kosong yang ada adalah sebagai auditor senarai barangan, eksekutif  sumber insan, pelatih pengurusan runcit, eksekutif jualan korporat, mekanik visual, juruteknik servis dan eksekutif logistik.

Perunding Recruit Express, S. Jayanthy, sebuah syarikat pencari pekerja, memberitahu mereka menggalakkan siswazah mendaftar dengan mereka untuk membolehkan mereka digandingkan dengan perbadanan dan syarikat tersenarai dengan Recruit Express.  



Majikan atau Syarikat yang menyertai karnival itu adalah British American Tobacco (M) Bhd,  Nippon Paint (M) Sdn Bhd,   Fraser & Neave Holdings Berhad,  Mistermind International (M) Sdn Bhd, Manulife Technology & Services Sdn Bhd,  Honda Malaysia Sdn Bhd,  Allianz Malaysia Berhad, Universiti Teknologi Petronas, Auric Pacific (M) Sdn Bhd,  Jobstreet.Com,  Nestle, Carrier Malaysia Sdn Bhd.

Capital Dynamics, Great Eastern, Sony Supply Chain Solutions 9M) Sdn Bhd,  Tan Chong Group, Orix Leasing Malaysia Berhad,  Aeon Co. (M) Sdn Bhd, Hewlett Packard, Godzilink.com, Public Bank Berhad,  Top Glove, Panasonic Group, Nol Global Services Centre Sdn Bhd,  Ann Joo Group,  Averis Sdn Bhd, Taylor’s Education Group, Speedwing Malaysia, The Nielsen Company (m) Sdn Bhd, Wealth blazer (Prudential).

Shimano Components (M) Sdn Bhd, United Overseas Bank (Malaysia) Berhad, Element 14 Sdn Bhd,  Esabee Biotika Sdn Bhd, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd,  OSIM (M) Sdn Bhd,  GroupM Sdn Bhd,  Cyber Village Sdn Bhd,  DiGi Telecommunication Sdn Bhd, Agrobank, Nando’s Chickenland (M) Sdn Bhd,  CP Ardent Advisory Sdn Bhd,  O.Y.L. Group, MystarJob Network Sdn Bhd, Konica Minolta Glass Tech (M) Sdn Bhd.

Recruit Express Sdn Bhd,  GS Paper & Packaging Sdn Bhd,  Kuala Lumpur Kepong Berhad, Malayan Flour Mills Berhad, MANIACORP Sdn Bhd and Maybank. – UPM

Smz/kgo/agn


SXDdEAW~