UPM Terima IMM Fellowship Awards 2016 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM terima IMM Fellowship Awards 2016

UPM terima IMM Fellowship Awards 2016


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Nor Azreen Awang

KUALA LUMPUR, 23 April – Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila menerima anugerah Institute of Marketing Malaysia (IMM) Fellowship Award 2016 yang disampaikan oleh DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom.

Penerimaan IMM Fellowship Awards 2016 adalah penganugerahan berprestij yang diberikan oleh kepada individu dari industri serta ahli korporat dan golongan profesional bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada sektor pemasaran industri dan negara.

Turut menerima penganugerahan tersebut termasuk bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz; Presiden Lim Kok Wing University, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing; Penasihat Airport Holdings Berhad, Datuk Badlisham Ghazali; Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Michael Yap dan Pengarah National University of Singapore, Dr. Hooi Den Huan.

IMM adalah badan profesional bertujuan meningkatkan imej serta profesion pengamal pemasaran di Malaysia. – UPM.

 


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511157305