| Universiti Putra Malaysia

UPM tandatangani MoU dengan MTC, enam Persatuan Kayu-Kayan

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Marina Ismail

 

PUTRAJAYA, 2 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah antara lapan Insitut Pengajian Tinggi (IPT) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) dan enam Persatuan Kayu-kayan.

Ia diadakan pada Pelancaran Program Penempatan Jurutera dan Latihan PraSiswazah Dalam Industri Kayu-Kayan 2021 anjuran MTC, di sini.

Acara Menandatangani MoU antara Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC), Persatuan Kayu-Kayan, IPT dan Politeknik itu  disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, serta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ini adalah platform kepada pengusaha industri kayu-kayan dan IPT untuk menjayakan program penempatan jurutera dan latihan prasiswazah serta peluang dalam penyelidikan dan kerjasama yang berimpak tinggi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff;

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Ravi Muthayah; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MTC, Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak; Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Tuan Muhtar Suhaili dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UPM. - UPM

 

SXEUSA~