| Universiti Putra Malaysia

UPM tandatangani aku janji sertai konsortium hospital

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto: Mohd Hasrul Hamdan

 

PUTRAJAYA – Universiti Putra Malaysia (UPM) menandatangani aku janji menyertai Konsortium Hospital Universiti Awam (KHUAM) Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memastikan peranan penting hospital pengajar universiti dalam pendidikan perubatan yang kondusif dan berintegrasi dapat terus direalisasikan.

 Kerjasama strategik itu turut melibatkan lima Universiti Awam (UA) lain iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata inisiatif penubuhan KHUAM diharap memberi manfaat kepada perkembangan sektor penjagaan kesihatan di peringkat nasional secara bersepadu dalam usaha menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bertaraf global.

Selain itu, lima Hospital Pengajar Universiti menandatangani memorandum perjanjian (MoA) KHUAM iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PPUIAM) dan Hospital Pengajar Universiti Teknologi MARA (HPUiTM). - UPM

 

 

SXDdIAg~