UPM SUMBANG RM60,000 UNTUK TABUNG BANTUAN BANJIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM SUMBANG RM60,000 UNTUK TABUNG BANTUAN BANJIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UPM SUMBANG RM60,000 UNTUK TABUNG BANTUAN BANJIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Oleh Noor Eszereen Juferi
Foto oleh
 Marina Ismail



PUTRAJAYA, 9 Jan -  Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi sumbangan sebanyak RM60,000 kepada Tabung Bantuan Banjir, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai sokongan dalam membantu mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Sumbangan itu disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada majlis pelancaran Tabung Bantuan Banjir Kementerian Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia di sini.

 



Pada majlis itu, sebanyak RM1.5 juta berjaya dikumpulkan hasil sumbangan dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

Sebelum itu, KPM telah memulakan Ops Pasca Banjir pada 1 Januari lalu yang melibatkan lebih 50,000 sukarelawan pelajar serta staf IPT di seluruh negara dalam membantu membekalkan barang keperluan, pembersihan serta kepakaran dalam membantu mangsa banjir.

Sementara itu, UPM turut menjalankan Misi Sukarelawan Bantuan Mangsa Banjir 3D Fasa Pertama pada 2 hingga 5 Januari (Rantau Panjang, Kelantan); Fasa Kedua pada 8 Januari (Bera, Pahang) dan Fasa Ketiga, 8 hingga 11 Januari (Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai, Kelantan) yang disertai 303 pelajar dan staf UPM. - UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563354929