|
||
|
|
UPM telah melonjakkan kedudukan dalam kalangan universiti dunia apabila berada di tangga ke-420, meningkat 90 anak tangga daripada tempat ke-510 sebelum ini dan berjaya melepasi kedudukan ke-1,000 terbaik dunia bermula 2009 hingga kini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
9 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Australia - APEC Women in Research Fellowship menyediakan bantuan kewangan kepada penyelidik dalam kalangan wanita yang mencapai kejayaan cemerlang dari negara ekonomi membangun APEC untuk mengambil peluang meneruskan penyelidikan dengan kerjasama institusi penyelidikan dan pendidikan Australia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
Anugerah lain yang dimenangi oleh atlet UPM ialah seperti berikut: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lima penyelidik UPM berjaya memenangi tiga pingat emas, tiga pingat perak dan satu Anugerah Khas pada majlis BioInnovation Awards, sempena Pameran Inovasi Pharma + Bio Asia 2015 yang dianjurkan oleh Malaysian Association of Research Scientist (MARS) dan Professional Trade Exhibition and Meeting Planners (PROTEMP). Lima penyelidik tersebut ialah: - Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari dari Jabatan Rekabentuk Industri, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, melalui inovasi “Utilizing Sago Waste as a Natural Ecopaste in Textile Prints” yang berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas“Biotechnology Innovation of the Year” - Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman dari Pusat Penyelidikan Teknologi Enzim dan Mikrob, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, memenangi pingat emas dengan inovasi “Thermostable Organic Solvent-tolerant Protease” - Prof. Madya Dr. Md. Sabri Mohd Yusoff dari Fakulti Perubatan Veterinar meraih pingat emas melalui inovasi “Feed-based Recombinant Vaccine”. - Dr. Fakhrul Zaman Rokhani dari Institut Penyelidikan Produk Halal memenangi pingat perak dengan inovasi “Lard Detection based on Impedance spectroscopy”, dan - Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsudin dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan meraih dua pingat perak melalui produk "Drupe Dehusker” dan “Sesame Cracker Machine”. |
|
|
Kejayaan anugerah emas tersebut adalah melalui hasil rekacipta 'Profesor Bijak Wang', iaitu inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah. ‘Profesor Bijak Wang’ adalah satu daripada item dalam Kit Bijak Wang yang mengandungi 10 permainan interaktif yang menyeronokkan. Aktiviti permainan disusun secara berperingkat dari tahap mudah ke sukar supaya kanak-kanak dapat menguasai topik dengan baik mengikut kemampuan dan kemahiran. Ia adalah permainan board game yang merupakan produk keluaran tempatan berkaitan penyelidikan kewangan yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik anak-anak berkaitan pengurusan kewangan dari peringkat awal usia. |
|
|
Penganugerahan sebagai penyelidik elit Malaysia merupakan satu pengiktirafan tertinggi dalam sistem pendidikan negara kerana menghasilkan artikel paling kerap digunakan sebagai rujukan oleh penyelidik seluruh dunia. Artikel mereka diekstrak daripada Petunjuk Sains Perlu (ESI – Essential Science Indicators) bagi tempoh 2005 hingga 2014 oleh agensi pengindeksan antarabangsa, Thomson Reuters yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. Pengiktirafan itu adalah hasil daripada usaha Thomson Reuters, Pusat Sitasi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam meningkatkan status penyelidikan negara dan seterusnya mengiktiraf mereka bukan sahaja pada peringkat negara malah antarabangsa. |
|
|
Kategori Pembangunan Alam Sekitar yang dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, Pengarah UCTC UPM, melalui projek Introducing Sustainable and Innovative Propagation Technique for High Quality and Authenticated Kacip Fatimah Plant Materials atas sumbangan beliau menghasilkan varieti sahih Kacip Fatimah menggunakan keratan daun dan teknik pembiakan benih sebanyak sembilan hingga 15 kali ganda secara konsisten di samping memulihara alam sekitar dan biodiversiti negara. Anugerah Rakan UCTC Cemerlang bagi kategori Persatuan Pelajar dimenangi oleh Fakulti Pertanian UPM melalui Projek Tren Mersing Program Duta Jauhar yang membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat nelayan melalui strategi inovatif yang menghasilkan produk pertanian dan pelancongan dengan memperkenalkan teknik tanaman tanpa tanah dan bahan terbuang sekali gus membantu mereka mengurangkan kos sara hidup dengan hasil yang diperolehi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|