UPM Sertai Pameran Reruai Patriotik Sambutan Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang KPT | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM sertai pameran reruai patriotik Sambutan Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang KPT

UPM sertai pameran reruai patriotik Sambutan Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang KPT

Oleh: Adidi Tamim

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah terpilih di antara beberapa buah universiti di sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021.

UPM melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM diamanahkan untuk menyediakan pameran reruai kemerdekaan yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ untuk diletakkan di lokasi foyer bangunan KPT sebagai tanda sokongan dalam memeriahkan sambutan kemerdekaan tahun ini.

Pameran yang diketuai oleh Pengarah PKKSSAAS, UPM, Husalshah Rizal Hussian itu adalah idea kreatif dihasilkan Mohamad Desa Esmahil (BHEP) bersama beberapa pegawai dan staf antaranya Adidi Tamin (BHEP), Mohd Razali Osman (BHEP), dan Mohd Khairul Zainal Abidin (PKKSSAAS).

Pasukan pempamer juga mendapat sokongan daripada Pejabat Naib Canselor (PNC), UPM dan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM dalam menguruskan pergerakan dan kebajikan pasukan UPM ke KPT. Kerjasama beberapa buah PTJ ini dapat merealisasikan semangat esprit de corp yang dihasratkan oleh KPT. - UPM

Tarikh Input: 18/10/2021 | Kemaskini: 18/10/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUMGNAv:13:55