UPM Serdang Angels Mahu Kekalkan Gelaran Juara | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM Serdang Angels mahu kekalkan gelaran juara

UPM Serdang Angels mahu kekalkan gelaran juara

Oleh Syifarida Muhamad Zaki



SERDANG, 9 Nov – Serdang Angels dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yakin dapat mengekalkan gelaran dalam Kejohanan Ragbi Super 8, Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2015 yang berlangsung pada 13 hingga 22 November.

Kapten pasukan Serdang Angels, Muhammad Siddiq Amir Jalil berkata beberapa pemain pasukan itu telah menjalani latihan selama dua minggu di New Zealand.

“Pasukan kami tidak mempunyai sebarang masalah dan tekanan dalam menghadapi kejohanan ini.

“Dengan adanya program latihan dan pendedahan, kami yakin Serdang Angels dapat megekalkan kejuaraan,” katanya selepas sidang media kejohanan itu.

Serdang Angels merangkul juara Super 8 edisi pertama tahun lalu.  Pada edisi kedua kali ini, ia diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama UTP Knights, UTM Bronco dan MSP Hornets.

Johan Cup akan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM5,000 dan medal.

Sebanyak lapan pasukan iaitu dari UPM, Universiti Teknologi MARA, Universiti Tekonologi Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Petronas, Majlis Sukan Politeknik dan Majlis Sukan Kolej Komuniti akan bersaing dalam kejohanan itu yang akan berlangsung di UPM.

Turut hadir dalam sidang media kejohanan ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Hazally Jali dan Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub.


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563470552