| Universiti Putra Malaysia

UPM terima tajaan pendidikan dari AEON Credit Service

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Feb â€“ Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima tajaan pendidikan dari AEON Credit Service (M) Berhad bagi membantu pelajar Bacelor UPM yang cemerlang tetapi kurang kemampuan kewangan.

Hadir pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama penajaan pendidikan itu ialah Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk  Dr. Rohana Yusof dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein.

Pengerusi AEON Credit Services (M) Sdn. Bhd., Dato’ Abdullah Yusof berkata pemilihan pelajar akan dibuat oleh pihak universiti bagi menentukan mereka yang layak menerima tajaan itu.

“Pihak kami memperuntukkan RM800,000 bagi program ini dan setiap 20 pelajar dari ketiga-tiga universiti berkenaan akan menerima penajaan sebanyak RM40,000.

“Penajaan pendidikan itu diberikan kepada pelajar dalam bidang perakaunan, ekonomi, pentadbiran perniagaan, kewangan dan perbankan, sains aktuari, perundangan dan teknologi maklumat atau sains komputer,” katanya.  - UPM

SXETDAy~