| Universiti Putra Malaysia

UPM rangkul enam emas pada pameran ITEX 2020

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi enam pingat emas, dua perak dan dua gangsa pada 31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2020 (ITEX 2020), sekali gus mencatat 100 peratus penyertaannya memenangi pingat.

ITEX 2020 disertai lebih 500 penyertaan dari 15 negara dan diadakan secara dalam talian dari 20 hingga 21 November. Ia dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

ITEX yang merupakan pertandingan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertama kali diadakan secara dalam talian sepenuhnya dan penjurian adalah berdasarkan video teknologi yang dihantar.

UPM menghantar 10 penyertaan pada ITEX 2020 yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara.

Prof. Dr Robiah Yunus (Fakulti Kejuruteraan) memenangi dua pingat emas bagi teknologi berkaitan industri kelapa sawit, manakala pemenang pingat emas lain ialah Prof. Ir. Ts. Dr. Thariq Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah (Fakulti Rekabentuk dan Senibina), Dr. Ahmad Haniff Jaafar (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan), dan Dr. Latifah Omar (UPM Kampus Bintulu).

Berikut adalah senarai pemenang pingat dari UPM;

Pingat Emas

  1. Prof. Dr Robiah Yunus (Fakulti Kejuruteraan), ROTADISC - Mesocarp And Drupe Nuts Separator For Sustainable Oil Recovery.
  2. Prof. Dr Robiah Yunus (Fakulti Kejuruteraan), Vacuum Assisted Palm Oil Clarifier.
  3. Prof. Ir. Ts. Dr. Thariq Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), Pineapple Leaves Fiber Extraction Blade for Extractor Machine.
  4. Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah (Fakulti Rekabentuk dan Senibina), MagKlik© - Self Align Magnetic Bicycle Pedal System.
  5. Dr. Ahmad Haniff Jaafar (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan), Antioxidant-rich Cosmos Powder: A Promising Adjuvant Theraphy for Diabetes.
  6. Prof. Dr. Osumanu Haruna (UPM Kampus Bintulu), Organic Amendment: A Promising Approach for High Crop Yield and Soil Health Restoration.

Pingat Perak

  1. Prof. Ir. Ts. Dr. Thariq Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), Putra UAV: Novel Bio-Degradable Natural Fiber Composite Material for UAV Body
  2. Prof. Madya Dr. Zetty Norhana Balia Yusof (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Vector VCP_OMPK_ZA1 and Vector VCP_OMPK_ZA2 for genetically modifying Nannochloropsis sp. as a vaccine delivery system.

Pingat Gangsa

  1. Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani (Fakulti Pertanian), Date palm seed coffee, a high performance-enhancing beverage.
  2. Dr. Norhayu Asib (Fakulti Pertanian), Composition for suppressing pest infestation.   -- UPM

 

 

WXEZMAn~