| Universiti Putra Malaysia

UPM raih 6 emas dalam pertandingan IIEDL di NUCEL2014

Oleh Nursyahirah Ariffin



SHAH ALAM, 27 Nov – Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi enam pingat emas dalam pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIEDL) di Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014 (NUCEL2014) pada 14 dan 15 November baru-baru ini.

UPM menghantar 22 penyertaan di mana turut meraih 16 pingat perak dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerja sama Jabatan Pengajian Tinggi serta Majlis E-Learning IPTA Malaysia (MEIPTA).

Tiga kategori yang dipertandingkan ialah Invention, Innovation and Design on e-Learning, pembangunan coursewar (OER-Open Educational Resources) dan pembangunan sistem/aplikasi mobile.

Projek yang memenangi pingat emas ialah Easy Inventory oleh Dr. Mohd Johari Yusof, Prof Madya LAr. Dr. Osman Mohd Tahir dan Prof Madya Dr. Kamariah Lola.

Projek emas lain ialah Classdiagramcritic (CDC) : An Educational Tool to Support UML Class Diagram oleh Dr. Norhayati Mohd Ali, Dr. Novia Admodisastro, Soran Mahmood AbdulKareem dan Prof. Madya Dr. Abu Bakar Md Sultan.

Projek yang turut memenangi pingat emas ialah “Esprint Fiz Siri 1- Pengenalan Gelombang, Get Logik dan Keseimbangan Daya” oleh Prof Dr. Sidek Ab Aziz, Nor Fathilah Khalid, Nasuha Md Zain dan Nurul Hana Mohd Borahan.

Projek yang dicipta oleh Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz, Suzaini Sihar dan Zaidan Abdul Wahab iaitu Aplikasi Esprint Semicon Dev untuk Persekitaran Pembelajaran Kendiri turut berjaya merangkul pingat emas.

Dua lagi projek yang memenangi pingat emas ialah Putra Learning Analytics Decision Support System (PUTRALADSS) oleh Habibah Ab Jalil, Erzam Marlisah, Masrah Azrifah Azmi Murad dan Rosnani Jusoh serta projek NEMD3- A System to Measure User Engagement On Varying E-Learning Platforms oleh Assoc. Prof. Dr. Normahdiah Sheik Said, Prof. Rahinah Ibrahim dan Nadiah Suboh.

NUCEL 2014 mempromosikan aplikasi praktikal e-pembelajaran serta blended learning, sebagai platform kepada pelajar, ahli akademik serta orang ramai untuk memperkenalkan produk e-pembelajaran yang terkini dan sebagai platform rasmi untuk pengiktirafan dan penganugerahan kepada pencapaian terbaik dalam e-pembelajaran.


SXEaEAR~