UPM Raih 3 Emas, 4 Perak, 5 Gangsa Di Karnival Inovasi P & P | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM raih 3 emas, 4 perak, 5 gangsa di Karnival Inovasi P & P

UPM raih 3 emas, 4 perak, 5 gangsa di Karnival Inovasi P & P

Oleh Mohd Idham Abdul Rashid

 

BANGI, 18 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tiga pingat emas, empat perak dan lima gangsa di Karnival Inovasi Pengajaran & Pembelajaran UKM 2018 (K-NOVASI P&P 2018).

 

Projek yang memenangi pingat emas ialah Virtual Microbes yang diketuai Dr. Chia Suet Lim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Bio-HeartWare yang diketuai Dr. Wan Norhamidah Wan Ibrahim dari Fakulti Sains, dan InGNeoSA - Gamification in Small Animal Oncology  yang diketuai Prof. Madya Dr. Gayathri Thevi Selvarajah dari Fakulti Perubatan Veterinar.

 

Pingat perak pula dimenangi projek Objective Structured Clinical Examination (OSCE) (Fakulti Perubatan Veterinar), Mekanisme dan Refleksi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Terhadap Mahasiswa (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi), Fun Learning AR Mobile Application (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), dan Pengalaman Pembelajaran Teknologi Imersif Maya dan Web 2.0 Alaf 21 untuk Kursus Wajib Universiti (MPU) (Fakulti Ekologi Manusia).

 

Manakala pingat gangsa pula diterima oleh projek Ghostly Sheep: A Case For Many (Fakulti Perubatan Veterinar), Quizlet Makes You Alive? Learners in Action (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi), Healthy Heart AR Board Game (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), Brain Anatomy AR Mobile Application (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), dan Problem Based Learning for Smart Student Society (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul).

 

Penganjuran K-NOVASI P&P 2018 bertujuan untuk mengenal pasti produk dan inovasi P&P yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan.

 

Selain itu, K-NOVASI P&P 2018 memberi peluang kepada warga akademik untuk berkongsi idea serta pandangan mengenai isu-isu utama berkaitan P&P daripada perspektif yang berbeza terutamanya dalam konteks menyahut cabaran industri 4.0. - UPM

 

 

 

Kemaskini:: 30/01/2018 [syifarida]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1526818021