UPM Raih 34 Terbaik Dunia, Keempat Asia Ranking Universiti UI-Greenmetric | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM Raih 34 Terbaik Dunia, Keempat Asia Ranking Universiti UI-Greenmetric

UPM Raih 34 Terbaik Dunia, Keempat Asia Ranking Universiti UI-Greenmetric


Oleh: Azman Zakaria

SERDANG, 30 Dis - Universiti Putra Malaysia (UPM) tersenarai pada kedudukan ke-34 ranking terbaik dunia dalam penarafan UI-Greenmetric World University Ranking 2016 berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitarnya.

UPM menduduki ranking keempat Asia, kedua Asia Tenggara dan pertama di Malaysia dalam keputusan penarafan UI-Greenmetric World University Ranking itu yang diumumkan melalui laman webnya semalam.

Penarafan itu berjaya menarik perhatian 516 universiti daripada 74 negara.

Ranking itu merupakan satu-satunya ranking yang mengukur komitmen setiap universiti dalam membangunkan infrastruktur mesra persekitaran.

Penarafan kelestarian alam sekitar itu meliputi enam kategori utama iaitu perangkaan hijau (green statistics) (15%), tenaga dan perubahan cuaca (21%), pengurusan sisa buangan (18%), penggunaan air (10%), pengangkutan (18%) dan pendidikan (18%).

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris mengulas mengenainya berkata kejayaan itu merupakan komitmen UPM terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti pengajaran, penyelidikan, kokurikulum dan sistem pengurusan kualiti berteraskan pengurusan alam sekitar yang berkesan.

Universiti-universiti dari Amerika Syarikat dan Eropah mendominasi ranking lima teratas dengan didahului di tempat pertama oleh University of California Davis, diikuti University of Nottingham, Wageningen University & Research, University of Connecticut dan University of Oxford.

Untuk maklumat lanjut, laporan pencapaian UI GreenMetric World University University Ranking boleh dirujuk melalui : http://greenmetric.ui.ac.id/ranking




Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511183637