UPM Rai Atletnya Yang Sertai Sukan SEA Manila | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM rai atletnya yang sertai Sukan SEA Manila

UPM rai atletnya yang sertai Sukan SEA Manila

Oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) meraikan 36 atletnya yang mewakili Malaysia ke Sukan SEA Manila 2019, sebagai penghargaan kepada atlet itu yang juga pelajar UPM kerana mengharumkan nama negara dan universiti.

Atlet dari UPM menyumbang lima pingat emas, tiga perak dan empat gangsa pada sukan dwi-tahunan itu daripada jumlah keseluruhan pencapaian kontinjen negara sebanyak 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris berkata pencapain atlet UPM yang mewaili negara pada temasya sukan itu adalah pencapaian yang baik.

Selain itu, pelbagai kejayaan dicapai oleh atlet UPM sepanjang 2019 antaranya naib johan Karnival Sukan MASUM di Universiti Malaysia Pahang (UMP), johan Rugbi Super 8 dan johan Liga Hoki Selangor.

 

Atlet taekwondo UPM pula memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Universiti Dunia di Napoli, Itali, manakala atlet sepaktakraw memperoleh gangsa pada Kejohanan Antarabangsa Sepak Takraw Pantai di China.

 

Sementara itu, sembilan atlet UPM menerima Anugerah Pingat Emas dan memperoleh   insentif RM700. Mereka ialah An Najwa Azizan, Norashikin Kamalzaman, Siti Nor Farhana Mustafa, dan Karishma a/p Loganathan (kesemuanya Bola Jaring), Yap Sean Yee (Lompat Tinggi), Muhammad Hakimi Ismail (Lompat Kijang), Ellya Syahirah Ellias (Hoki Dewan), Wan Norfaiezah Md Sajuti (Hoki Dewan) dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan (Hoki Dewan).

 

Anugerah Pingat Perak menerima insentif RM500 diterima oleh tujuh atlet. Mereka ialah Muhammad Ameer Hasrun Zulkefli, Muhamad Firdaus Tarmizi, Muhammad Dzafran Asyraaf Muhamad Zainuddin, Wan Izzuddin Ismail, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (kesemunya Ragbi), Andre Anura Anuar (Lompat Jauh) dan Fakrul Adam Fauzi (Kurash).

 

Anugerah Pingat Gangsa menerima insentif RM300. Mereka terdiri daripada Rachel Yeoh Li (Gimnastik), Johathan Nyepa (Olahraga), Zaidatul Husniah Zulkifli (Olahraga), Queenie Ting Kung Ni (Lempar Cakera) dan Nur Afisa Abdul Halil (Memanah). - UPM

 

 

 

 

Tarikh Input: 16/03/2020 | Kemaskini: 16/03/2020 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKVJA:09:40